Umum
Hukum Duduk Sebelah Bukan Mahram Dalam Kelas Pengajian
Oleh

SOALAN:
Apakah hukum jika saya duduk di sebelah bukan mahram ketika belajar di dalam kelas. Ini adalah disebabkan kelewatan datang ke kelas.
JAWAPAN:
Pertama sekali, kita lihat terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan mahram. Dari sudut bahasa, terdapat beberapa pengertian bagi perkataan mahram. Antaranya kami ringkaskan dalam beberapa noktah berikut:
- Individu yang diharamkan untuk seseorang berkahwin dengannya sama ada disebabkan hubungan rahim atau kerabat.
- Sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT.
Manakala dari sudut istilah para fuqahaā mahram bermaksud: āSeseorang yang diharamkan untuk kita berkahwin dengannya dan pengharamannya tersebut adalah dalam bentuk al-taābid (selama-lamanya) dengan sebab yang mubah bukan kerana kemuliaannya dan bukan juga kerana terdapat penghalang yang boleh hilang.ā [Rujuk: Kaasyifah al-Saja, Nawawi bin āUmar (Hlm. 114)]
Dalam menghuraikan makna-makna ayat dalam pendefinisian di atas, kami perincikan ia seperti berikut:
Pada perkataan ādalam bentuk al-taābidā membawa maksud: Ia tidak termasuk adik beradik perempuan kepada isteri. Begitu juga ibu saudara isteri dari sebelah ayah dan juga ibu saudara isteri dari sebelah ibu. Ini kerana pengharaman mereka itu dari sudut apabila dihimpunkan bersama sahaja (iaitu berkahwin dalam masa yang sama antara isteri dan ibu-ibu saudara mereka atau adik beradik perempuan mereka).
Manakala perkataan ābukan kerana kemuliaannyaā merujuk kepada isteri-isteri Nabi SAW. Ini kerana pengharaman mereka adalah disebabkan kemuliaan mereka. Mereka diharamkan kepada keseluruhan umat dan juga ke atas para Nabi juga.
Dan perkataan ābukan juga kerana terdapat penghalang yang boleh hilangā adalah seperti wanita majusi, ataupun wanita yang murtad. Ini kerana pengharaman mereka adalah disebabkan penghalang yang boleh hilang. Maka boleh menjadi halal pada waktu yang lain (seperti apabila mereka memeluk Islam).
Penjelasan berkenaan dengan golongan yang dianggap sebagai mahram ini ada dinyatakan dalam firman Allah SWT:
ŲŁŲ±ŁŁŁ
ŁŲŖŁ Ų¹ŁŁŁŁŁŁŁŁ
Ł Ų£ŁŁ
ŁŁŁŁŲ§ŲŖŁŁŁŁ
Ł ŁŁŲØŁŁŁŲ§ŲŖŁŁŁŁ
Ł ŁŁŲ£ŁŲ®ŁŁŁŲ§ŲŖŁŁŁŁ
Ł ŁŁŲ¹ŁŁ
ŁŁŲ§ŲŖŁŁŁŁ
Ł ŁŁŲ®ŁŲ§ŁŁŲ§ŲŖŁŁŁŁ
Ł ŁŁŲØŁŁŁŲ§ŲŖŁ Ų§ŁŁŲ£ŁŲ®Ł ŁŁŲØŁŁŁŲ§ŲŖŁ Ų§ŁŁŲ£ŁŲ®ŁŲŖŁ ŁŁŲ£ŁŁ
ŁŁŁŁŲ§ŲŖŁŁŁŁ
Ł Ų§ŁŁŁŁŲ§ŲŖŁŁ Ų£ŁŲ±ŁŲ¶ŁŲ¹ŁŁŁŁŁŁ
Ł ŁŁŲ£ŁŲ®ŁŁŁŲ§ŲŖŁŁŁŁ
Ł
ŁŁŁŁ Ų§ŁŲ±ŁŁŲ¶ŁŲ§Ų¹ŁŲ©Ł ŁŁŲ£ŁŁ
ŁŁŁŁŲ§ŲŖŁ ŁŁŲ³ŁŲ§Ų¦ŁŁŁŁ
Ł ŁŁŲ±ŁŲØŁŲ§Ų¦ŁŲØŁŁŁŁ
Ł Ų§ŁŁŁŁŲ§ŲŖŁŁ ŁŁŁ ŲŁŲ¬ŁŁŲ±ŁŁŁŁ
Ł
ŁŁŁ ŁŁŁŲ³ŁŲ§Ų¦ŁŁŁŁ
Ł Ų§ŁŁŁŁŲ§ŲŖŁŁ ŲÆŁŲ®ŁŁŁŲŖŁŁ
ŲØŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲ„ŁŁ ŁŁŁŁ
Ł ŲŖŁŁŁŁŁŁŁŲ§ ŲÆŁŲ®ŁŁŁŲŖŁŁ
ŲØŁŁŁŁŁŁ ŁŁŁŁŲ§ Ų¬ŁŁŁŲ§ŲŁ Ų¹ŁŁŁŁŁŁŁŁ
Ł ŁŁŲŁŁŁŲ§Ų¦ŁŁŁ Ų£ŁŲØŁŁŁŲ§Ų¦ŁŁŁŁ
Ł Ų§ŁŁŁŲ°ŁŁŁŁ Ł
ŁŁŁ Ų£ŁŲµŁŁŁŲ§ŲØŁŁŁŁ
Ł ŁŁŲ£ŁŁ ŲŖŁŲ¬ŁŁ
ŁŲ¹ŁŁŲ§ ŲØŁŁŁŁŁ Ų§ŁŁŲ£ŁŲ®ŁŲŖŁŁŁŁŁ Ų„ŁŁŁŁŲ§ Ł
ŁŲ§ ŁŁŲÆŁ Ų³ŁŁŁŁŁ Ū Ų„ŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲ§ŁŁ ŲŗŁŁŁŁŲ±ŁŲ§ Ų±ŁŁŲŁŁŁ
ŁŲ§
āDiharamkan ke atas kamu ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, adik beradik perempuan kamu, ibu-ibu saudara kamu (dari sebelah bapa), ibu-ibu saudara kamu (dari sebelah ibu), anak-anak saudara perempuan kamu (dari sebelah adik beradik lelaki kamu), anak-anak saudara perempuan (dari sebelah adik beradik perempuan kamu), ibu-ibu susuan kamu, adik-beradik perempuan susuan kamu, ibu-ibu kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kepada isteri kamu yang telah kamu setubuhi. Sekiranya kamu belum bersetubuh dengan mereka maka tidak ada dosa ke atas diri kamu. Dan isteri-isteri kepada anak-anak lelaki kandung kamu (menantu perempuan), dan (perbuatan) menghimpunkan antara dua adik beradik perempuan melainkan apa yang telah berlaku pada masa dahulu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.ā [Surah Al-Nisaā (23)]
Imam Al-Mawardi Rahimahullah menukilkan kata-kata Imam Al-Syafiāe yang menyebut:
Ų£ŁŲµŁŁŁ Ł
ŁŲ§ ŁŁŲŁŲ±ŁŁ
Ł ŲØŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŲ³ŁŲ§Ų”Ł Ų¶ŁŲ±ŁŲØŁŲ§ŁŁ Ų£ŁŲŁŲÆŁŁŁŁ
ŁŲ§ ŲØŲ£ŁŲ³Ų§ŲØŁŲ ŁŁŲ§ŁŁŲ¢Ų®ŁŲ±Ł ŲØŲ£Ų³ŲØŲ§ŲØŁ Ł
ŁŁŁ ŲŁŲ§ŲÆŁŲ«Ł ŁŁŲ§ŲŁ Ų£ŁŁŁ Ų±Ų¶Ų§Ų¹Ł
āAsal perkara yang menjadikan seorang wanita itu mahram adalah dua bahagian. Pertamanya adalah ansab (nasab keturunan) dan berikutnya adalah asbab (sebab-sebab), iaitu daripada pernikahan atau susuan.ā [Rujuk: Al-Hawi Al-Kabir, Al-Mawardi (9/196)]
Kemudian Imam Al-Mawardi menghuraikannya dengan lebih lanjut melalui katanya: āWanita yang mahram itu ada dua kategori. Pertamanya bahagian yang mana individu ini haram secara selamanya. Manakala bahagian yang lain adalah haram untuk dihimpunkan (dalam satu masa yang sama sahaja). Dan bahagian yang individunya menjadi mahram selamanya ada dua bahagian iaitu melalui nasab serta asbab (perkahwinan dan susuan).ā [Rujuk: Al-Hawi Al-Kabir, Al-Mawardi (9/196)]
Implikasi mahram dalam kategori nasab dan juga asbab (perkahwinan dan susuan) ini adalah seperti berikut:
- Haram berkahwin dengannya.
- Boleh bersalaman dengannya.
- Boleh bersendirian (berkhalwat) bersamanya.
Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan di atas, secara umumnya golongan wanita yang tidak termasuk dalam ayat yang ke-23 dari surah Al-Nisaā di atas adalah merupakan bukan mahram kepada golongan lelaki, dalam erti kata mereka adalah wanita ajnabiyyah. Oleh itu, kesan daripadanya dari sudut perhubungan adalah seperti berikut:
1. Halal berkahwin dengan wanita ajnabiyyah.
2. Tidak boleh bersalaman atau bersentuhan kulit dengannya.
Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Maāqil bin Yasar R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ŁŁŲ£ŁŁŁ ŁŁŲ·ŁŲ¹ŁŁŁ ŁŁŁ Ų±ŁŲ£ŁŲ³Ł Ų£ŁŲŁŲÆŁŁŁŁ
Ł ŲØŁŁ
ŁŲ®ŁŁŁŲ·Ł Ł
ŁŁŁ ŲŁŲÆŁŁŲÆŁ Ų®ŁŁŁŲ±Ł ŁŁŁŁ Ł
ŁŁŁ Ų£ŁŁŁ ŁŁŁ
ŁŲ³ŁŁ Ų§Ł
ŁŲ±ŁŲ£ŁŲ©Ł ŁŁŲ§ ŲŖŁŲŁŁŁŁ ŁŁŁŁ
āSekiranya dicucuk kepala salah seorang kamu dengan jarum daripada besi itu adalah lebih baik buat dirinya berbanding dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.ā [Riwayat Al-Thabrani (486)]
Begitu juga firman Allah SWT yang menyebut:
ŁŁŁŁ ŁŁŁŁŁ
ŁŲ¤ŁŁ
ŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲŗŁŲ¶ŁŁŁŲ§ Ł
ŁŁŁ Ų£ŁŲØŁŲµŁŲ§Ų±ŁŁŁŁ
Ł
āKatakanlah (wahai Muhammad) kepada golongan yang beriman hendaklah mereka itu menundukkan pandangan mereka.ā [Surah Al-Nur (30)]
Imam Al-Nawawi Rahimahullah menyatakan:
ŁŁŁŁŲÆŁ ŁŁŲ§ŁŁ Ų£ŁŲµŁŲŁŲ§ŲØŁŁŁŲ§ ŁŁŁŁŁ Ł
ŁŁŁ ŲŁŲ±ŁŁŁ
Ł Ų§ŁŁŁŁŲøŁŲ±Ł Ų„ŁŁŁŁŁŁ ŲŁŲ±ŁŁŁ
Ł Ł
ŁŲ³ŁŁŁŁ ŁŁŁŁŲÆŁ ŁŁŲŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŲøŁŲ±Ł Ł
ŁŲ¹Ł ŲŖŁŲŁŲ±ŁŁŁ
Ł Ų§ŁŁŁ
ŁŲ³ŁŁ ŁŁŲ„ŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŲøŁŲ±Ł Ų„ŁŁŁ Ų§ŁŁŲ£ŁŲ¬ŁŁŁŲØŁŁŁŁŲ©Ł ŁŁŁ Ų§ŁŁŲØŁŁŁŲ¹Ł ŁŁŲ§ŁŲ“ŁŁŲ±ŁŲ§Ų”Ł ŁŁŲ§ŁŁŲ£ŁŲ®ŁŲ°Ł ŁŲ§ŁŲ¹Ų·Ų§Ų” ŁŁŲŁŁŲ§ ŁŁŲ§ ŁŲ¬ŁŲ² Ł
Ų³ŁŲ§ ŁŁ Ų“Ų¦ Ł
Ł Ų°ŁŁ
āPara ashab kami telah berkata bahawa kesemua individu yang diharamkan untuk kita melihat kepadanya maka haram juga untuk kita menyentuhnya. Dan boleh jadi halal untuk melihat (kepada seseorang) namun dalam masa yang sama haram menyentuhnya. Sesungguhnya halal untuk melihat wanita ajnabiyyah dalam isu jual beli, mengambil dan memberi sesuatu barangan dan seumpamanya, namun tidak dibolehkan untuk menyentuhnya dalam perkara-perkara tersebut.ā [Rujuk: Al-Majmuā Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (4/635)]
3. Tidak boleh berkhalwat dengannya.
Berdua-duaan dengan pasangan yang bukan mahram adalah suatu perbuatan yang ditegah dalam agama. Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ŁŲ§Ł ŁŁŲ®ŁŁŁŁŁŁŁŁ Ų±ŁŲ¬ŁŁŁ ŲØŁŲ§Ł
ŁŲ±ŁŲ£ŁŲ©Ł Ų„ŁŁŲ§ŁŁ ŁŁŁ
ŁŲ¹ŁŁŁŲ§ Ų°ŁŁ Ł
ŁŲŁŲ±ŁŁ
Ł
āTidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya.ā [Riwayat Muslim (1341)]
Imam Al-Nawawi Rahimahullah apabila mensyarahkan hadith ini berkata: āMaksud hadis ini adalah janganlah seorang lelaki itu duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengannya mahramnya. Dan sekiranya seorang lelaki ajnabi itu berkhalwat bersama-sama dengan wanita ajnabiyyah tanpa ada yang ketiga maka perbuatan itu adalah haram secara sepakat para ulama’. Demikianlah juga (hukumnya) jika bersama-sama perempuan tersebut seseorang yang mereka tidak berasa malu dengannya disebabkan kecilnya dia seperti seorang kanak-kanak lelaki berusia dua atau tiga tahun dan seumpamanya maka kewujudan anak tersebut sama seperti tidak ada orang.ā [Rujuk: Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (9/109)]
Penutup
Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa tidak ada masalah untuk seorang lelaki itu untuk duduk bersebelahan dengan perempuan bukan mahram di dalam kelas pengajian sekiranya sudah tidak ada pilihan tempat duduk yang lain. Ini memandangkan tidak berlaku khalwat dalam keadaan tersebut kerana kelas turut dipenuhi oleh ramai orang yang lain. Meskipun begitu, perlulah dijaga batasan perhubungan agar tidak bersentuhan kulit di antara keduanya.
Akhir kalam, semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
