Connect with us

Oh! Media

Hukum Cium Al-Quran

Umum

Hukum Cium Al-Quran

Soalan:
Selalu kita lihat apabila selesai seorang Qari dari membaca al-Quran dia akan menciumnya. Adakah perbuatan mencium Quran ini sunat atau harus sahaja? Dan ada juga yang berkata ia adalah bida’ah yang dilarang kita lakukannya. Adakah benar perkataan ini?

ADVERTISEMENT

Jawapan:
Para ulamak berselisih pada hukum mencium al-Quran ini kepada tiga pendapat.

Pendapat Yang Pertama:
Mencium al-Quran itu hukumnya adalah sunat dan ialah pendapat para fuqahak mazhab Syafie seperti Imam Nawawi dan Ibnu Hajar Al-Haithami dan Imam Az-Zarkasyi dan pada satu riwayat bagi Imam Ahmad.

Antara dalilnya ialah, diriwayatkan dari Umar r.a.:

أَنَّهُ كَانَ يَأْخُذُ الْمُصْحَفَ كُلَّ غَدَاةٍ وَيُقَبِّلُهُ وَيَقُولُ: عَهْدُ رَبِّي وَمَنْشُورُ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ
Sungguhnya adalah Umar r.a. mengambil mushaf pada setiap pagi dan menicumnya dan berkata: “Inilah perjanjian Tuhanku yang datang dari Tuhanku.”

Diriwayatkan dari Uthman bin ‘Affan r.a. adalah beliau menicum akan mushaf dan menyapunya kepada mukanya.

Berkata Imam Nawawi:

روينا في مسند الدارمي بإسناد صحيح عن ابن أبي مليكة : أن عكرمة بن أبي جهل كان يضع المصحف على وجهه ويقول : كتاب ربي كتاب ربي
Telah kami riwayatkan pada kitab Musnad Ad-Darimi dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Abi Mulaikah sungguhnya Ikrimah bin Abi Jahl r.a. adalah beliau meletakkan mushaf atas wajahnya dan berkata: “Kitab Tuhanku Kitab Tuhanku.”

Pendapat Yang Kedua:
Hukum mencium al-Quran adalah harus bukan sunat. Inilah pendapat mazhab Hanafi dan satu riwayat dari Imam Ahmad. Dan ia juga pendapat Ibnu Taimiyah dan As-Syaukani sekira-kira berkata mereka hukum mencium mushaf itu harus kerana tiada dalilnya tetapi jika menciumnya juga maka tidak menjadi salah apa-apa.

Pendapat Yang Ketiga:
Makruh hukumnya dan ialah pendapat mazhab Maliki.

Dan ada pun perkataan yang mengatakan mencium al-Quran itu bida’ah itu ertinya bida’ah yang tidak dilarang kerana bida’ah yang dilarang itu ialah bida’ah yang menyebabkan pelakunya jadi sesat masuk neraka. Mana mungkin seorang manusia akan masuk neraka kerana memuliakan al-Quran sedangkan memberi minum anjing yang dahaga pun di balas dengan syurga sebagaimana datang dalam hadith yang sahih.

Wallahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas