Connect with us

Oh! Media

Hukum Berniaga Di Tempat Larangan Atau Tanpa Permit

Umum

Hukum Berniaga Di Tempat Larangan Atau Tanpa Permit

SOALAN:
Apa hukumnya jika saya membuka warung perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan untuk berniaga oleh pihak berkuasa tempatan? Atau jika saya berniaga di tempat yang sah, tapi tidak memohon lesen? Adakah pendapatan saya dikira halal, atau haram?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Hukum asal perniagaan kembali kepada hukum asal dalam muamalat iaitu perhubungan sesama manusia, iaitu harus sehingga adanya dalil yang melarang.

Firman Allah SWT:

Ł‡ŁŁˆŁŽ Ų§Ł„ŁŽŁ‘Ų°ŁŁŠ Ų¬ŁŽŲ¹ŁŽŁ„ŁŽ Ł„ŁŽŁƒŁŁ…Ł Ų§Ł„Ų£ŁŽŲ±Ł’Ų¶ŁŽ Ų°ŁŽŁ„ŁŁˆŁ„Ų§ ŁŁŽŲ§Ł…Ł’Ų“ŁŁˆŲ§ فِي Ł…ŁŽŁ†ŁŽŲ§ŁƒŁŲØŁŁ‡ŁŽŲ§ ŁˆŁŽŁƒŁŁ„ŁŁˆŲ§ مِنْ رِزْقِهِ ŁˆŁŽŲ„ŁŁ„ŁŽŁŠŁ’Ł‡Ł Ų§Ł„Ł†ŁŁ‘Ų“ŁŁˆŲ±Ł
ā€œDialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.ā€ [Surah Al-Mulk (15)]

Kaedah fiqh menyebut:

الأصل في المعاملات ال؄باحة حتى يرد Ų§Ł„ŲÆŁ„ŁŠŁ„ على خلافه
ā€œAsal segala sesuatu dalam bidang muamalat ialah harus, sehingga adanya dalil yang menyanggahi dan mengharamkannya.ā€

Adapun hadith Sa’id bin Zaid R.A yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Ł…ŁŽŁ†Ł’ Ų£ŁŽŲ­Ł’ŁŠŁŽŲ§ Ų£ŁŽŲ±Ł’Ų¶Ł‹Ų§ Ł…ŁŽŁŠŁ’ŲŖŁŽŲ©Ł‹ ŁŁŽŁ‡ŁŁŠŁŽ Ł„ŁŽŁ‡Ł
ā€œSesiapa yang menghidupkan tanah yang mati, maka dia berhak ke atas tanah tersebut.ā€ [Sunan Abi Dawud (3073) dan Muwatto (1430)]

Hadith ini tidak bermaksud seseorang itu bebas untuk menjalankan perniagaan di mana-mana lokasi yang difikirkan sesuai.

Syeikh Khalil al-Saharanfuri sewaktu menjelaskan hadith ini menyatakan bahawa ā€˜tanah yang mati’ dalam hadith di atas difahami oleh para fuqaha’ sebagai tanah yang tidak bertuan yang berada di luar kawasan suatu negeri, atau tanah yang tidak mempunyai sebarang maslahah untuk negeri atau kampung tersebut. Tanah yang diusahakan itu juga mestilah mendapat keizinan pemerintah terlebih dahulu, dan inilah pandangan yang dipegang oleh Imam Abu Hanifah, Qadhi Abu Yusuf, Imam Malik sebagaiman dinukilkan oleh Imam al-Syaukani dan Imam Mulla Ali al-Qari. (Rujuk: Bazl al-Majhud fi Halli Alfaz Abi Dawud 10/318, Nail al-Autor 6/45 dan Mirqat al-Mafatih Syarh Misykat al-Masobih 6/133)

Konteks kenegaraan zaman moden

Dalam konteks kenegaraan pada zaman sekarang, terdapat syarat-syarat tertentu yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan terhadap peniaga dan penjaja, antaranya ialah:

  • Tidak dibenarkan penjaja menjalankan perniagaan dalam lingkungan jarak tertentu dari simpang jalan.
  • Larangan menjalankan perniagaan di atas tangga kaki lima atau siar kaki awam.
  • Tidak dibenarkan menjalankan perniagaan di mana-mana kawasan yang difikir boleh menimbulkan masalah gangguan kepada lalu lintas dan pejalan kaki.

Larangan-larangan ini sebenarnya telahpun termasuk di bawah hadith Rasulullah SAW yang melarang secara umum segala jenis bentuk kerosakan dan mudarat:

Ł„Ų§ŁŽ Ų¶ŁŽŲ±ŁŽŲ±ŁŽ ŁˆŁŽŁ„Ų§ŁŽ Ų¶ŁŲ±ŁŽŲ§Ų±ŁŽ
ā€œTidak boleh berbuat kerosakan dan membalas kerosakan orang lain.ā€ [Sunan Ibn Majah (2341) dan Al-Muwatto’ (1435)]

Satu kaedah fiqh juga menyebut:

الضرر ŁŠŲ²Ų§Ł„ بقدر Ų§Ł„Ų„Ł…ŁƒŲ§Ł†
ā€œSuatu kesusahan atau kemudaratan itu hendaklah di hilangkan semampu yang mungkin.ā€

Selain itu, konsep taqyid al-mubah juga digunapakai, di mana pemerintah berhak mengehadkan perkara-perkara yang pada asalnya adalah harus, namun ia dilarang atas dasar maslahah. Kaedah fiqh menetapkan:

تصرف ال؄مام على Ų§Ł„Ų±Ų¹ŁŠŲ© Ł…Ł†ŁˆŲ· بالمصلحة
ā€œPolisi dan tindakan pemerintah terhadap rakyat itu hendaklah berdasarkan kepada pertimbangan maslahah (dan mafsadah).ā€

Kata Imam Ibn Hajar al-Haitami al-Syafi’e: ā€œAdalah tidak wajib untuk menuruti arahan pemimpin (al-hakim) yang tidak membawa kepada maslahah ā€˜ammah. Maka difahami scara mafhum mukhalafah, menurut arahan pemimpin yang mempunyai maslahah ā€˜ammah ialah wajib.ā€ (Rujuk: Tuhfah al-Muhtaj 3/71)

Maka kami tegaskan, hasil pendapatan daripada perniagaan tanpa lesen, atau yang dijalankan di lokasi yang dilarang oleh pihak berkuasa adalah tetap halal selagi barangan yang dijual adalah halal, akad yang sahih dan tidak melibatkan penipuan atau kezaliman ke atas pembeli.

Namun mentaati arahan pemerintah adalah wajib jika arahan tersebut mempunyai maslahah, dimana larangan berniaga mungkin atas faktor keselamatan, begitu juga peraturan duniawi yang lain.

Kesimpulan

Tuntasnya, kami nyatakan bahawa tidak mentaati arahan kerajaan dari sudut permohonan lesen atau berniaga di lokasi terlarang tidak menjejaskan status halal pendapatan, tapi ia boleh membawa kepada dosa dari sudut yang lain, seperti ancaman keselamatan, ketidakadilan kepada peniaga lain yang memohon lesan dan sebagainya.

Wallahua’lam.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

30 Hari Paling Trending

Ke Atas