Connect with us

Oh! Media

Hukum Ayat Al-Quran Dijadikan Lagu Nyanyian

img 1025png

Umum

Hukum Ayat Al-Quran Dijadikan Lagu Nyanyian

SOALAN:
Di zaman sekarang ada sesetengah orang yang menjadikan ayat-ayat al-Quran sebagai lagu dan dinyanyikan. Adakah perbuatan ini dibolehkan pada syarak?

JAWAPAN:
Dari Auf bin Malik r.a Rasulullah saw bersabda:

أَخَافُ عَلَيْكُمْ سِتًّا ………….وَنَشْوٌ يَتَّخِذُونَ الْقُرْآنَ مَزَامِيرَ
“Aku takut atas kamu berlaku 6 perkara dan Rasulullah saw menyebut yang kelimanya ialah orang yang menjadikan al-Quran sebagai nyanyian.” (Hadith Ahmad dan Tabarani)

Berkata Syeikh Athiyah Saqr Ketua Lajnah Fatwa Universiti Al-Azhar:

IKLAN

وهو على كل حال ينهى عن التغنى بالقرآن بما يخرجه عن أصول التلاوة الصحيحة، ويجعله كالأغانى التى يرددها المغنون والتى فيها ترجيع وتطريب يهمز فيه ما لا يهمز، ويمد ما لا يمد، وتصير الألف الواحدة ألفات، والواو الواحدة واوات، كما وضحه القرطبى
“Dan atas apa keadaan pun dilarang menyanyikan al-Quran dalam bentuk yang terkeluar dari asal bacaan al-Quran. Yang mana dijadikannya sebagai lagu-lagu yang diulang-ulang oleh para penyanyi yang berlaku padanya melanjutkan sebutan dan mengetar-getarkan suara dan menambah panjang yang tiada panjang sehingga jadilah alif yang satu alif yang banyak dan wau yang satu menjadi wau yang banyak sebagaimana menerangkannya oleh Imam Al-Qurtubi.”

Berkata Imam Nawawi: “Imam Al-Mawardi berkata: Membaca Quran dengan bacaan yang direka andainya mengeluarkan lafaz dari bentuk asal bacaan al-Quran dengan memasukkan harakat atau mengeluarkan harakat atau memendekkan yang panjang hingga jadi keliru pada maknanya maka ia adalah haram dan pelakunya menjadi fasik serta menyebabkan pendengarnya mendapat dosa.” (Kitab At-Tibyan)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas