Connect with us

Oh! Media

Huawei Umum Kemaskini Terbaru Walaupun Disekat

Umum

Huawei Umum Kemaskini Terbaru Walaupun Disekat

Memang silaplah kalau korang rasa Huawei akan mengaku kalah. Kenapa kami katakan ini? Syarikat Huawei yang kini berdepan tekanan nampaknya tetap cuba bergerak seperti biasa apbila mengumumkan kemaskini perisian terbaru mereka, iaitu EMUI 9.1 bagi siri Huawei Mate 20 mereka pada 27 Jun Ini.

ADVERTISEMENT

Apa yang menarik dengan kemaskini terbaru ini adalah, ia bakal didatangkan dengan satu konsep “quality lifestyle”.

Selain itu, pengguna Huawei Mate 20 juga akan mendapat kemaskini GPU Turbo 3.0 yang mampu memastikan frame rate dan pengalaman ketika bermain permainan video dipertingkatkan.

Huawei juga telah menampah sokongan kepada beberapa permainan video baru menjadikan jumlah keseluruhan permainan yang disokong kepada 25 permainan video berbanding 6 permainan sebelum ini.

Jadi selepas ini, tiada masalah lagi untuk korang bermain permainan video seperti Fortnite, FIFA Mobile, Minecraft dan banyak lagi permainan yang mempunyai file yang besar dan korang juga tidak perlu risau dengan penggunaan bateri kerana ia telah mengoptimumkan penggunaan kuasa bagi permainan yang lebih lama.

Bukan itu sahaja, pengguna juga akan dapat berkongsi file dengan lebih pantas melalui Huawei Share atau OneTap Share yang membolehkan korang memindahkan fail gambar, dokumen dan video dengan lebih pantas.

Nampaknya, memang banyak yang akan diberikan Huawei kepada peranti mereka. Jadi, adakkah korang akan kembali semula menggunakan Huawei?

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas