Connect with us

Oh! Media

Huawei P30 Dijangka Hadir Dengan Penggunaan Tri-Kamera

Umum

Huawei P30 Dijangka Hadir Dengan Penggunaan Tri-Kamera

Peranti jenama Huawei yang akan melancarkan Huawei P30 pada awal tahun ini telah memperlihatkan gambar yang dijangka merupakan ciri-ciri bagi model ini. Gambar yang dikeluarkan Huawei ini adalah Huawei P30 dan bukannya untuk versi Pro yang pasti memberikan lebih banyak inovasi.

ADVERTISEMENT

Reka bentuk bagi peranti Huawei kali ini menunjukkan penggunaan bingkai yang sangat nipis selain meletakkan hanya kamera hadapan di takuk yang sangat kecil pada bahagian atas.

Huawei P30 ini juga akan hadir dengan tri-kamera pada bahagian belakang dan tidak mempunyai pengimbbas jari dan ini menunjukkan ia meletakkan pengimbas berkenaan pada bahagian skrin.

Walaubagaimanapun, ini hanyalah render awal dan bukanlah rekaan akhir. Jadi kita perlu tunggu dan buat masa ini belum diketahui lagi bila Huawei P30 akan dilancarkan.

Sumber: 91Mobiles

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas