Connect with us

Oh! Media

Huawei P20 Pro Twilight! Ini Warna Smartphone Paling Awesome Pernah Wujud!

Branded

Huawei P20 Pro Twilight! Ini Warna Smartphone Paling Awesome Pernah Wujud!

Dari awal kemunculan Huawei dalam arena teknologi telefon pintar, sememangnya dah dijangka bahawa Huawei akan menjadi ‘playmaker’ di dalam industri ini. Ini dapat dilihat dengan pencapaian Huawei dalam mencatatkan rekod jualan tertinggi diperingkat global dan juga R&D mereka yang tiada hentinya dalam membawakan pembaharuan kepada smartphones sekaligus menjadikan persaingan menjadi sangat sengit. Ini telah dibuktikan dengan kemunculan Huawei P20 Pro Twilight yang mempamerkan warna yang sangat menakjubkan.

Bagaimana Huawei Menghasilkan Warna Begini?


Warna yang digelarkan Twilight ini menggunakan kaedah purple-to-blue gradient yang berubah warna apabila dilihat dari pelbagai sudut dan ianya tidak pernah lagi wujud pada mana-mana smartphones setakat ini. Beberapa lapisan warna digunakan melalui proses yang dinamakan sebagai Non-Conductive Vacuum Metalizing (NCVM). Proses ini membabitkan proses coating dibahagian belakang cermin terlebih dahulu yang menghasilkan warna ungu yang bergabung dengan warna biru, kemudiannya hijau.

Penggunaan salutan NCVM ini sangat penting bagi memastikan ketahanan yang tinggi terhadap hakisan dan kepudaran warna pada masa akan datang. Tentunya korang nak warna P20 Pro Twilight korang tetap nampak cantik untuk jangka masa yang panjang kan? Selepas itu barulah P20 Pro Twilight ini dimuatkan ke dalam kaca 3D jenis melengkung seperti yang dapat dilihat hari ini.

Bukan Sahaja Cantik, Tapi Kamera P20 Pro Twilight Ini Memang Power!

Selepas menempa nama dalam inovasi kamera pada smartphone sejak sekian lama, ini merupakan satu lagi kejayaan dari Huawei yang akan menjadi trendsetter untuk diikuti oleh pelbagai jenama lain selepas ini.

Huawei P20 Pro Twilight ini tetap sama dengan P20 Pro yang lain. Ianya masih lagi dilengkapi dengan 3 kamera dibahagian belakang yang turut dimuatkan dengan teknologi AI yang jauh lebih canggih dari mana-mana smartphones lain.

Dari pengalaman Ohmedia sendiri, kamera Huawei P20 Pro ni memang berada dalam kelasnya yang tersendiri. Gambar yang dihasilkan memang cantik jauh meninggalkan smartphones lain. Kalau korang ada follow Instagram Ohmedia, mesti tahu betapa tinggi pujian yang kami berikan kepada kamera P20 Pro ini.

Huawei P20 Pro dengan warna Twilight ini kini dah mula dijual di mana-mana Huawei Store diseluruh negara dan bukan lagi hanya dijual di flagship store Huawei yang terletak di Pavilion sahaja seperti sebelum ini. Nak lebih mudah lagi, korang boleh beli secara online di Huawei Online Store.

Untuk review penuh Huawei P20 Pro ini korang boleh baca review Ohmedia sebelum ini di sini.

Psst! Tahu pasal Huawei Next-Image Awards? Kalau korang dah jadi pengguna Huawei, jangan lepaskan peluang untuk sertai Huawei Next-Image Awards ni di sini.



Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas