Connect with us

Oh! Media

Huawei Bakal Hadir Dengan Kamera Terbanyak?

Umum

Huawei Bakal Hadir Dengan Kamera Terbanyak?

Sebenarnya berapa kamera yang kita perlukan dalam sebuah telefon pintar? Ohmedia tengok, semakin lama, semakin banyak pula syarikat yang ingin keluarkan telefon pintar dengan kamera yang banyak di belakang dan ini bagaikan perlumbaan.

ADVERTISEMENT

Ohmedia katakan ini, selepas melihat jumlah kamera pada peranti Huawei yang dikatakan bakal hadir dengan tujuh kamera. Perghh, nampaknya Nokia yang sebelum ini dikatakan bakal hadir dengan lima kamera melalui model Nokia 9, telah dirampas Huawei dengan kamera yang lebih banyak.

Ohmedia memetik laporan yang didedahkan pemilik akaun Twitter @onleaks yang menyatakan Huawei Mate 30 Pro dilengkapi dengan 7 kamera.

Tapi, 7 kamera terbabit bukanlah berada di belakang semuanya, namun hanya 4 kamera berada di belakang dan 3 lagi untuk bahagian hadapan.



Nak tahu function atau tidak semua kamera ni, kita nantikan pengumuman rasmi dari Huawei sendiri yang akan dilancarkan pada 19 September ini.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas