Connect with us

Hospital Melaka Rayu Kepada Orang Ramai Tampil Derma Darah

Oh! Tidak

Hospital Melaka Rayu Kepada Orang Ramai Tampil Derma Darah

Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Melaka merayu kepada orang ramai agar tampil untuk menderma darah pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.



Menurut laporan Bernama, mereka memaklumkan hal ini kerana ingin memastikan bekalan mencukupi untuk keperluan pesakit. Jadi, penderma yang memiliki darah jenis O, A, B dan AB boleh datang ke hospital tersebut. Bagi yang ingin datang pada hari Sabtu, ia bermula dari pukul 11 pagi hingga 4.00 petang.

Program derma darah turut diadakan di beberapa lokasi lain termasuk di pusat beli-belah KIPMall Bachang esok, Wisma Persekutuan, Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 12 Ogos dan Syarikat Air Melaka Berhad, Jalan Hang Tuah pada 13 Ogos.

Keprihatinan dan sumbangan anda dalam membantu kami mengekalkan bekalan darah untuk pesakit amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Jom kita sama-sama membantu mereka! Jangan lupa kongsikan perkara ini kepada kawan-kawan dan keluarga korang okay. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh hubungi 06-2892873 atau Facebook rasmi jabatan, ‘melakabloodbank’.

OHMEDIA: DENGAN MENDERMA DARAH, KITA MUNGKIN AKAN MENYELAMATKAN BANYAK NYAWA.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top