Connect with us

Honor MagicWatch 2 Dijual Pada Harga RM799, Pembelian Awal Berpeluang Dapatkan Honor Sport Secara Percuma

Umum

Honor MagicWatch 2 Dijual Pada Harga RM799, Pembelian Awal Berpeluang Dapatkan Honor Sport Secara Percuma

Selain telefon pintar terbaru Honor 9X Pro, Honor Malaysia juga melancarkan pilihan warna baru pada jam tangan pintar mereka iaitu Honor MagicWatch 2 dengan warna Sakura Gold semalam. Ianya nampak sangatlah cantik dan sesuai terutamanya bagi wanita untuk mengayakannya.

Kepada sesiapa yang tidak sabar dan ingin mendapatkan Honor MagicWatch 2 dengan warna baru ini, boleh dapatkannya harini ya. Sekiranya korang bertuah dan merupakan pembeli MagicWatch2 Sakura Gold yang terawal, korang juga berpeluang untuk dapatkan fon telinga iaitu Honor Sport yang berharga RM299 secara percuma sementara stok masih ada gais.

Jam pintar Honor ini dihadirkan dengan tali jam 42mm serta rekaan muka bulat. Ianya juga didatangkan dengan bateri berkapasiti sebanyak 455mAh yang dikatakan mampu bertahan sehingga 7 hari gais. Kalau nak dibanding jam pintar Honor dengan jenama yang lain, ianya lebih murah dan agak berbaloi untuk dibeli. Reka bentuknya pun cantik untuk digayakan.

Sumber : Honor Malaysia

+ Baca respon pembaca penggemar jam pintar Honor di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top