Connect with us

Oh! Media

Honor Lancarkan Play 4 & Play 4 Pro, Membolehkan Pengguna Cek Suhu Badan

Umum

Honor Lancarkan Play 4 & Play 4 Pro, Membolehkan Pengguna Cek Suhu Badan

Honor telah mencuri perhatian ramai dengan smartphone spesifikasi terbaru mereka iaitu Honor Play 4 dan Play 4 Pro yang baru saja dilancarkan semalam. Apa yang menariknya, smartphone ini boleh cek suhu badan korang dengan infrared yang sedia ada gais. Rasanya memang kena dengan situasi sekarang ni yang kita sentiasa kena cek suhu badan setiap kali keluar.

ADVERTISEMENT



Honor 4 Play

Bagi model ini didatangkan dengan skrin sebesar 6.81 inci LCD serta dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 800. Bagi memori, ia hadir dengan 8GB RAM dan storage sebesar 128GB. Baterinya berkapasiti 4,300mAh dengan 22.5W fast charging menggunakan USB Type-C.

Untuk kamera utama, model ini dilengkapi dengan 4 lensa iaitu 64 megapixel sensor utama + 8 megapixel ultrawide + 2 megapixel makro + 2 megapixel kedalam. Untuk kamera depan pula hadir dengan 16 megapixel.

Honor 4 Play Pro

Spesifikasi skrin yang ditawarkan pada Honor Play 4 Pro ini ialah 6.57 inci LCD. Cip pemprosesan yang dikuasakan pada smartphone ini pula adalah Kirin 990 bersama memori 8GM RAM dan storage sebesar 128GB. Untuk bateri pula, ia hadir dengan 4,200mAh bersama 40W fast charging menggunakan USB Type-C.

Untuk kamera utama, model ini dilengkapi dengan dula kamera iaitu 40 megapixel sensor utama + 8 megapixel telefoto bersama 3x optical zoom. Kamera depan juga hadir dengan dual kamera iaitu 32 megapixel + 8 megapixel ultrawide.

Kedua-dua model ini disertakan pengimbas cap jari dan menggunakan sokongan rangkaian 5G gais. Smartphone ini baru jer diumumkan di China dan belum masuk lagi ke pasaran Malaysia

Kredit: Gadgets 360

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru Honor di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas