Connect with us

Oh! Media

Hilang Motor Di Masjid, Diganti Dengan Yang Baru?

Umum

Hilang Motor Di Masjid, Diganti Dengan Yang Baru?

Mungkin ada diantara kita yang pernah kehilangan barang di masjid, lebih-lebih lagi selipar bagi kaum lelaki ketika hendak menunaikan solat Jumaat khususnya dan juga solat sunat Terawih bulan puasa ini. Hal ini biasa didengar tapi yang luar biasa bila ada insan yang berhati mulia menggantikan selipar kita yang hilang.

ADVERTISEMENT

Korang tahu tak ada sebuah masjid di Indonesia sanggup gantikan barang jemaah yang hilang ketika mereka bersolat di masjid itu walaupun ianya sebuah motosikal. Pengurus masjid menyatakan, apa sahaja barang yang hilang ketika jemaah sedang mengikuti aktiviti di masjid berkenaan akan diganti dengan barang atau wang yang sama nilainya.
Tujuan pengurusan masjid ambil inisiatif menggantikan barangan jemaah yang hilang adalah untuk menjaga keamanan jemaah ketika beribadah. Masjid Jogokariyan semakin berkembang dan jemaah serta dana sumbangan juga semakin meningkat. Kini, urusan mengganti barangan jemaah yang hilang tidak lagi menggunakan duit peribadi pengurus.

Sumber: Awani

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas