Connect with us

Oh! Media

Heroin Heart, Acha Septriasa Tamatkan Zaman Bujang Selepas 9 Tahun Bercinta

Umum

Heroin Heart, Acha Septriasa Tamatkan Zaman Bujang Selepas 9 Tahun Bercinta

Aktres terkenal Indonesia yang popular di Malaysia menerusi filem Heart pada tahun 2006 iaitu Acha Septriasa telah selamat mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan hatinya iaitu, Vicky Kharisma semalam.

Acha ternyata menzahirkan rasa syukur apabila hubungannya selama sembilan tahun ersama Vicky berakhir dengan sebuah perkahwinan.

ADVERTISEMENT

Malah, Acha juga turut menyatakan bahawa dia bakal berpindah ke Australia untuk mengikuti suaminya yang bekerja di negara itu.

Bukan sahaja pasangan itu, turut menzahirkan rasa syukur iaitu ibu Acha iaitu Rita Emza kerana kini anaknya sudah bergelar seorang isteri.

“Alhamdulillah, lega rasanya apabila Acha sah bergelar isteri kepada Vicky. Sebagai orang tua, kami harus ikhlas dan bersedia melepaskan anak perempuan mengikut suami.

“Sebagai ibu bapa, kami hanya mampu memberi nasihat untuk Acha bersama suami tidak kira di mana saja dia bekerja. Malah, suami juga berperanan sebagai ketua keluarga dan bertanggungjawab mencari nafkah.

Acha terdahulu pernah mengikat tali pertunangan dengan Radipto Indra Rukmana pada 21 Julai 2014 namun putus tidak lama kemudian.

Minat Hello Kitty?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas