Connect with us

Oh! Media

Selepas 3 Tahun, Wanita Ini Tampil Mendedahkan Cerita Sebenar Disebalik Gambar Viral

Umum

Selepas 3 Tahun, Wanita Ini Tampil Mendedahkan Cerita Sebenar Disebalik Gambar Viral

ADVERTISEMENT

Selepas tiga tahun menjadi bahan hinaan di media sosial akibat daripada sekeping gambar pasangan yang cantik dan kacak bersama tiga orang anak yang mempunyai rupa yang hodoh tersebar di seluruh dunia, model Taiwan Heidi Yeh tampil mendedahkan cerita sebenar.

Wanita cantik didalam gambar itu merupakan seorang model terkenal di Taiwan mendakwa segalanya bermula apabila dia menerima kontrak pengiklanan daripada sebuah agensi iklan J. Walter Thompson (JWT) untuk menjadi model bagi sebuah klinik kosmetik.

Namun, tidak lama selepas itu gambar itu turut digunakan oleh sebuah klinik kosmetik dalam iklan kempen online sehingga ia menjadi viral serta-merta ke seluruh dunia.

Apa yang lebih memeritkan lagi, ia ditambah pula dengan kisah palsu kononnya seorang lelaki menfailkan saman terhadap isterinya kerana mempunyai anak-anak yang terlalu hodoh sehingga menarik perhatian media antarabangsa untuk menyiarkan kisah palsu itu.

Akibatnya, kehidupan Heidi bagaikan mimpi ngeri kerana dia kurang mendapat tawaran pekerjaan di Taiwan dan di luar negara. Malah, dia turut dituduh menipu untuk berkahwin dan melakukan pembedahan plastik.

Tidak tahan dengan perkara tersebut, Heidi mengambil langkah untuk memfailkan saman terhadap JWT sebanyak 5 Juta NTD sebagai pampasan kerana menyebabkan perkara itu terjadi.

Namun, pihak Simple Beauty iaitu klinik kosmetik yang terbabit mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa mereka menggunakan prosedur yang betul bagi mendapatkan hak gambar tersebut dan masalah yang timbul hanyalah melibatkan Heidi dan JWT.

Bagaimanapun, JWT yang merujuk pada satu klausa dalam kontrak yang ditandatangani oleh Heidi iaitu menyatakan bahawa JWT berhak sepenuhnya ke atas gambar tersebut dengan pemahaman bahawa gambar itu boleh diubahsuai.

Dalam kenyataan itu juga, JWT melalui badan peguam lantikan mereka akan membatalkan saman itu atas sebab tuduhan yang dilemparkan oleh Yeh itu tidak benar dan boleh menjejaskan imej syarikat JWT.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas