Connect with us

Oh! Media

Hatrik Moura Bantu Spurs Jumpa Liverpool di Pentas Akhir Liga Juara-Juara

Umum

Hatrik Moura Bantu Spurs Jumpa Liverpool di Pentas Akhir Liga Juara-Juara

Awal pagi tadi telah berlangsung perlawanan antara Tottenham Hotspurs menentang Ajax Amsterdam. Setelah ketinggalan jaringan 1-0 pada perlawanan pertama, kerja keras yang dilakukan oleh anak buah Mauricio Pochettino pada separuh masa kedua permainan ini, membuahkan hasil. Hasil ketajaman penyudah yang dimiliki Lucas Moura, beliau berjaya mencipta hatrik dalam perlawanan ini. Gol-gol ini dijaringkan pada minit ke-55, minit ke 59 dan pada masa tambahan, minit ke 90+6. 

ADVERTISEMENT

Secara agrgegat, Spurs terikat jaringan (3-3) dengan Ajax. Namun kelebihan gol tempat lawan yang dimiliki oleh Spurs, telah melayakkan Spurs untuk melangkah ke pentas akhir, bertemu Liverpool di Madrid nanti. Untuk rekod, ini kali pertama Spurs melangkah ke pentas akhir Liga Juara-Juara.

Walaubagaimanapun, pada separuh masa pertama Spurs mempamerkan aksi goyah di Amsterdam apabila gol pertama dijaringkan hasil tandukan oleh kapten muda Ajax, Matthijs de Ligt pada minit ke-5. Derita Spurs bertambah apabila jaringan gol kedua menyusul pada minit ke-35 hasil sepakan deras oleh Hakim Ziyech. Secara agregat, Ajax mendahului Spurs dengan jaringan 3-0.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas