Connect with us

“Hati Saya Tertutup Untuk Mana-Mana Lelaki” – Bella Astillah

Umum

“Hati Saya Tertutup Untuk Mana-Mana Lelaki” – Bella Astillah

Dah dua bulan dah Bella Astillah dan Aliff Aziz bercerai tetapi Bella memberitahu buat masa ni dia tak nak fikir pasal mana-mana lelaki sebab hatinya tertutup dan dia nak lebih fokus kerjaya dan keluarganya.Walaupun Aliff Aziz selalu komen time dia buat Live Instagram, dia tak rasa rimas pun atau terganggu.

Hati saya tertutup buat mana-mana lelaki kerana fokus utama saya adalah pada keluarga, kerjaya dan anak saya,Ayden. Saya tak rasa rimas bila Aliff sering kali tengok dan komen bila saya buat Live Instagram. Kalau dia masuk dan tinggalkan komen, Bella tak boleh ‘ignored’ dia. Aliff pernah beritahu saya dia dalam kemurungan dan kalau kita kecam dia ketika dia depress mungkin dia akan jadi lebih teruk. Kita kena menyokongnya biar apa pun kesalahan atau kejahatan yang mungkin dia pernah buat dulu.

Bella Astillah dan Aliff Aziz okay je gais, demi anak diaorang kan? Kalau anak dia, Ayden tanya pasal Aliff, dia cepat-cepat call bekas suaminya. Ya lah, budak kecil bukannya tahu apa-apa. Betul tak?

Kami masih lagi saling mengikuti Instagram satu sama lain dan berhubung baik demi anak kami. Kalau Ayden tanya mana ayah dia, Bella akan cepat-cepat buat panggilan video dengan Aliff. Bella memang tak cerita lagi pada Ayden tentang hubungan kami sebab dia masih kecil. Tunggu dia besar sedikit nanti baharu saya akan jelaskan situasi kami kepadanya,” katanya lagi. Untuk rekod, Bella dan bekas suami, Aliff Aziz disahkan bercerai talak satu pada 16 Mei lalu setelah hampir tiga tahun berumah tangga.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.




Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top