Connect with us

Oh! Media

Huawei Watch GT 2e Akan Di Jual Pada harga RM599

Umum

Huawei Watch GT 2e Akan Di Jual Pada harga RM599

Hari ini, Huawei Malaysia telah melancarkan Huawei Watch GT 2e dan korang semua boleh mula membuat pratempahan mulai esok sehingga 10 April 2020. Jam tangan pintar dari Huawei ini di jual dengan harga RM599 di Malaysia dan antara jam pintar yang  murah kalau nak dibandingkan dengan jenama yang lain.

ADVERTISEMENT

Terdapat skrin berbentuk bulat dengan 1.39″ AMOLED dengan pemproses Kirin A1 di Huawei Watch GT 2e ini. Ianya juga hadir bersama 16MB RAM, storan sebesar 4GB dan bateri sebesar 455 mAh yang mempu bertahan sehingga 14 hari ataupun 2 minggu. Sekiranya GPS diaktifkan pula, ianya dikatakan mampu bertahan sehingga 30 jam dan ianya adalah spesifikasi yang sama dengan keluaran sebelumnya iaitu Huawei Watch GT 2.

Rekaan tali jam kali ini dengan lubang-lubang bulat sama dengan jam pintar di pasaran lain yang mesra dengan aktiviti sukan. Kali ini, dikatakan juga yang tahap kemampuannya berada di dalam air ialah sehingga 50 meter. Tak cukup dengan itu, sekiranya anda seorang yang suka bersenam, jam pintar Huawei Watch GT 2e ini mampu memuatkan sehingga 500 lagu ke dalamnya untuk korang dengar ketika melakukan senaman.

Sumber : Amanz

+ Baca respon pembaca peminat jam pintar di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas