Connect with us

Oh! Media

Hanya Gah Pada Pandangan Mata – Mamat Khalid Kongsi Realiti Sebenar Industri Filem Tanah Air

image2b2528322529jpg

Umum

Hanya Gah Pada Pandangan Mata – Mamat Khalid Kongsi Realiti Sebenar Industri Filem Tanah Air

Baru-baru ini kecoh berkenaan isu ketidakpuasan atau kekecewaan yang ditunjukkan pelakon dan kakitangan produksi yang dikhabarkan pihak penerbitan hanya memberikan bonus yang sedikit berikutan kutipan yang memberansangkan dari filem Hantu Kak Limah.

Filem Hantu Kak Limah sebelum ini berjaya mengutip kutipan sebanyak RM38 Juta dan isu ini akhirnya telah mendapat penjelasan dari pengarahnya Mamat Khalid yang tampil menjelaskan realiti industri filem tanah air.

Mamat Khalid memberitahu pihak Harian Metro bahawa benar filem tersebut mendapat kutipan yang banyak tapi ianya hanya gah pada pandangan mata sahaja. Realitinya, 50% daripada hasil kutipan filem tersebut disalurkan kepada pihak pempamer pada minggu pertama tayangan dan meningkat kepada 60% pada minggu kedua tayangan.

IKLAN

Mamat Khalid tidak mahu membuat sebarang komen tentang isu bonus HKL dan beliau memahami keadaan pihak pelakon dan penerbit. Mamat Khalid kini sedang terlibat dengan pengambaraan filem Rock 4: Quo Vadis Komer yang mungkin akan ditayangkan tahun hadapan.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas