Connect with us

Oh! Media

Hantar Makanan Menggunakan Dron Kini di Cyberjaya

Umum

Hantar Makanan Menggunakan Dron Kini di Cyberjaya

Nampaknya perkhidmatan penghantaran makanan di negara ini akan bertambah menarik apabila ada sebuah syarikat tempatan ingin memperkenalkan perkhidmatan penghantaran makanan menggunakan sebuah dron.

ADVERTISEMENT

Perkhidmatan yang akan beroperasi pada hujung bulan 6 ini, diusahakan oleh Average Drone Sdn Bhd dan telahpun memulakan industri berasaskan dron ini sejak 2014 lagi.

Average Drone yang menjalinkan kerjasama bersama uturise, sebuah anak syarikat Cyberview di bawah Kementerian Kewangan itu dikatakan akan melakukan percubaan terlebih dahulu selama tiga bulan yang akan membabitkan penghantaran makanan di kawasan berada dalam lingkungan dua kilometer dari bangunan Futurise, di sini.

Setakat ini, hanya 7 jenis makanan sahaja dilakukan iaitu makanan jenis mi, bihun, nasi, burger, sandwic, kuih dan buah-buahan.

Dron yang diberi nama Express Food itu juga mampu menampung berat 800 gram dengan menggunakan 6 bilah kipas. Oleh itu, caj yang akan dikenakan untuk setiap penghantaran adalah sebanyak RM2.50 yang dijangka hanya mengambil masa selama 12 minit untuk tiba ke destinasi pesanan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas