Connect with us

Oh! Media

Hampir Saja Malaikat Itu Dilihat Manusia

Umum

Hampir Saja Malaikat Itu Dilihat Manusia

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id Al-Khudri, dia berkata: “Pada suatu malam, Usaid bin Hudhair membaca (surah Al-Baqarah) di tempat penambatan kudanya. Tiba-tiba kudanya meronta-ronta. Dia membaca lagi, dan kuda itu pun meronta-ronta lagi. Kemudian dia membaca lagi, dan kuda itu meronta-ronta kembali.

ADVERTISEMENT

Usaid berkata: “Saya khuatir kuda itu akan memijak Yahya (anaknya yang ada di sisi kuda tersebut), maka aku pun menghampirinya. Ternyata (aku melihat) sepertinya ada Zhullah (sesuatu yang menaungi) di atas kepalaku, di dalamnya terdapat cahaya yang menjulang (naik) ke angkasa hingga aku tidak lagi melihatnya.

Maka pada pagi harinya, aku menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata: “Wahai Rasulullah, semalam saya membaca (Al-Quran) di tempat penambatan kudaku namun tiba-tiba kudaku meronta-ronta.” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Teruskan membaca wahai Ibnu Hudhair.” Ibnu Hudhair berkata: “Kemudian aku pun membacanya lagi, dan kuda itu juga meronta-ronta kembali.” Baginda bersabda: “Teruskan membaca wahai Ibnu Hudhair.”

Ibnu Hudhair berkata: “Kemudian aku pun membacanya lagi, dan kuda itu juga meronta-ronta kembali.” Baginda bersabda lagi: “Teruskan membaca wahai Ibnu Hudhair.” Ibnu Hudhair berkata: “Maka sesudah itu, akhirnya saya beranjak. Ketika itu Yahya (anakku) ada berdekatan dengan kuda, maka saya khuatir kuda itu akan memijaknya. Kemudian saya melihat sesuatu seperti Zhullah (sesuatu yang menaungi) yang di dalamnya terdapat cahaya yang naik ke atas angkasa hingga saya tidak lagi melihatnya.”

Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda: “Itu adalah Malaikat yang sedang mendengarkan bacaanmu (surah Al-Baqarah), sekiranya kamu terus membaca, nescaya pada pagi harinya manusia akan melihatnya dan Malaikat itu tidak akan terhijab dari pandangan mereka.” (Sahih Muslim, no. 1327, Musnad Ahmad, no. 11341)

Dalam riwayat lain ada menceritakan kisah yang mirip sepertinya, yakni diriwayatkan oleh Al-Barra’ bin Azib, dia berkata: “Seorang laki-laki membaca surah Al-Kahfi, sementara di sisinya terdapat seekor kuda yang terikat dengan dua tali. Tiba-tiba dia dinaungi oleh gumpalan awan (kabut). Kabut itu mendekat dan semakin mendekat sehingga membuat kudanya ingin lari.

Ketika waktu pagi datang, laki-laki itu pun mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan menceritakan kejadian yang dialaminya, maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Itu adalah As-Sakinah (ketenangan) yang turun kerana (membaca) Al-Quran.” (Sahih Bukhari, no. 4625, Sahih Muslim, no. 1325, Musnad Ahmad, no. 17851)

Maka tidak dapat ditolak lagi bahawa ketenangan dan rahmat Allah akan turun melalui para Malaikat yang sentiasa mencari majlis zikir (bacaan Al-Quran, majlis ilmu, majlis mengingati Allah dan Rasul) yang akan memberikan kebaikan buat manusia. Apabila ia turun, maka keampunan Allah dan kasih sayang Allah turut bersama mereka pada majlis zikir.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas