Connect with us

Oh! Media

Hampir Dilarikan Penjenayah Gara-Gara Tidak Kunci Pintu Kereta

Umum

Hampir Dilarikan Penjenayah Gara-Gara Tidak Kunci Pintu Kereta

Mungkin ramai yang mempunuyai tabiat yang sama iaitu tidak mengunci pintu kereta ketika meninggalkan kereta dengan alasan sekejap.

ADVERTISEMENT
Namun, kecuaian ini mungkin boleh membawa padah apabila sesorang individu yang tidak dikenali boleh masuk kereta anda dengan mudah dan terus melarikan insan-insan kesayangan anda yang berada didalam kereta pada ketika itu.
Perkara ini benar-benar terjadi kepada saudari Nabila Huda Mohamad dan beliau telah kongsikan pengalaman ngeri itu agar menjadi iktibar kepada orang lain.

“Peristiwa petang tadi. Pengajaran dan peringatan buat semua… Pastikan lock kereta walau sekejap mana pun meninggalkan kereta. Lagi-lagi dengan keadaan enjin hidup. Saya masih trauma dengan peristiwa di mana saya hampir dilarikan oleh orang yang tak dikenali.

“Allah masih sayangkan saya. Saya sempat menjerit panggil husband kat dalam bank. Tragis sikit la sebab ade adegan terseret kat pintu sebab nak rampas kunci. Alhamdulillah, kuasa jeritan bekas koperal kadet polis ni dapat tarik perhatian orang ramai untuk tolong.

“Penjenayah berjaya ditahan sekali dengan kereta pun kene tinggal kat balai huhu… sekarang still trauma dengan lebam-lebam kat badan yang confirm tak dapat tidur la mlm ni…😅 husband lebam teruk kat tangan atas usaha nak lunyaikan penjenayah..**tak pernah tengok husband mengamok sedemikian rupa…ingat ya semua! Dulu saya selalu baca kes-kes macam ni kat Fb. sekarang saya alami sendiri. Beringat sebelum kena”

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas