Connect with us

Oh! Media

Hairul Bernazar Jual Kereta dan Motor Demi Anak Kedua

49564979 303032740342413 4926833948065291414 njpg

Umum

Hairul Bernazar Jual Kereta dan Motor Demi Anak Kedua

Pelakon Hairul Azreen yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi telah menjual dua kenderaan mewah kesayangan miliknya setelah bernazar akan berbuat demikian.

Pelakon yang semakin popular selepas lakonannya di filem PASKAL The Movie telah memuat naik satu gambar di instagram miliknya yang menganggap ia merupakan satu pengorbanan demi keluarga.

“Nazar saya untuk anak ke-2 jual superbike dan super car, demi keluarga dan saya telah jual pun #HarapDapatBeliBasikalBaru (last tu hanya tambahan)” tulisnya.

IKLAN

Hairul melepaskan sebuah super car iaitu Nissan GTR R35 dan superbike BMW jenis Blue Shark S 1000 RR.

Untuk perkembangan lain, isteri Hairul iaitu Hanis Zalikha kini sedang hamil trimester pertama dan telah dikurniakan seorang anak yang sangat comel iaitu Yusuf. Tahniah Yusuf, jadi abang long lepas ni.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas