Connect with us

Oh! Media

Walaupun Dikritikan, Hairul Azreen Akui Idea Lamaran Inspirasi Dari Youtube

Umum

Walaupun Dikritikan, Hairul Azreen Akui Idea Lamaran Inspirasi Dari Youtube

Semalam, pasangan yang sedang hangat bercinta Hanis Zalikha dan Hairul Azreen telah mengejutkan seluruh Malaysia dengan moment melamar yang diadakan secara langsung menerusi program Gegar Vaganza.

ADVERTISEMENT

Walaupun ia dikatakan suatu tindakan yang sweet, romantik dan berani namun Hairul dan Hanis menerima kritikan hebat terutamanya di laman sosial.

Nampaknya, pasangan ini tidak mengambil pusing tentang apa orang nak kata, malah Hairul mengakui bahawa idea lamaran yang dibuat untuk kekasihnya itu adalah ispirasi daripada video Youtube yang Hanis pernah tunjukkan kepadanya tak lama dulu.

“Mula-mula risau la juga, apa orang ramai kata pula, tetapi daripada sudut lain pula saya lihat ia satu peluang untuk memberitahu Hanis betapa seriusnya saya mahu bersama dia.


“Tambahan pula dia pernah menunjukkan video-video lamaran di YouTube, dan menganggap ia sesuatu  yang sangat romantis. Maka saya pun ingin berbuat demikian untuk menggembirakannya juga,” ujar Hairul.

Hairul menjelaskan tujuan lamaran itu dibuat di pentas program itu bukanlah untuk  meraih tumpuan umum tetapi untuk membuktikan cintanya yang ikhlas pada Hanis dan serius dengan perhubungan mereka.

Menurut Hairul lagi, mereka merancang untuk mengadakan majlis pertunangan pada tahun ini juga sebelum melangkah ke alam perkahwinan.


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas