Connect with us

Oh! Media

Hafizh Syahrin Tampil Lebih Yakin Dengan Tunggangannya Bersama RC16

Umum

Hafizh Syahrin Tampil Lebih Yakin Dengan Tunggangannya Bersama RC16

Sebelum ini, kami ada melaporkan bahawa pelumba MotoGP negara Hafizh Syahrin Abdullah mengakui menghadapi kesukaran untuk membiasakan diri dan gaya tunggangan dengan jentera baharunya.

ADVERTISEMENT

Namun kini, Hafizh yakin dia mampu bersaing dengan kelompok depan walaupun perlu bekerja lebih kuat.

Hafizh yang akan menunggang jentera KTM bersama pasukan Red Bull KTM Tech3 itu masih berusaha untuk membiasakan tungangan bersama mesin RC16 dan mengakui kini semakin selesa dengan tunggangannya.

“Saya amat menantikan untuk perlumbaan pertama ini,” kata Hafizh. “Kami berdepan beberapa ujian pramusim yang sukar, kami cuba untuk menyesuaikan diri dengan jentera secara berperingkat.

“Ia agak bagus dan saya semakin selesa, meskipun kami masih agak perlahan tetapi kami percaya mampu berada di kelompok depan pada satu hari nanti dengan pasukan ini.

“Jadi, kami akan terus berusaha gigih, cuba memahami semuanya dan sentiasa berfikiran positif sebagai persediaan menghadapi hari perlumbaan.”

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Oh Media Gaming atau lebih dikenali dengan panggilan OMG merupakan sebuah lagi produk Oh! Media yang ditubuhkan atas dasar minat kami dalam dunia permainan video dan demi menyahut seruan dalam memajukan Sukan Elektronik (e-Sport) di Malaysia.

Banyak yang disediakan OMG hanya untuk korang merasai sendiri pengalaman bermain permainan elektronik seperti Playstation 4, Nintendo Switch, Xbox, Racing Simulator, NesClassic dan banyak lagi.

So, korang yang belum lagi sampai OMG tu boleh terus search Google Maps atau Waze “Oh Media Gaming” dan ikuti kami di Facebook Oh Media Gaming – OMG dan Instagram @ohmediagaming.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas