Connect with us

Oh! Media

Hafizh Syahrin Rangkul Gelaran Muka Baharu Kedua Terbaik di MotoGP 2018

Umum

Hafizh Syahrin Rangkul Gelaran Muka Baharu Kedua Terbaik di MotoGP 2018

Tamat sudah perlumbaan MotoGP untuk musim ini yang berakhir di Valencia bagi tahun 2018. Dalam peringkat akhir ini, pelumba MotoGP kebanggaan negara iaitu Hafizh Syahrin Abdullah ini telah memulakan perlumbaan pada petak ke-21, namun telah menunjukkan aksi cemerlangnya apabila berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-10.

ADVERTISEMENT

“Saya tidak jangka dapat berada di top 10 di litar basah. Ada banyak drama yang mana ramai pelumba terbabas dan kami terpaksa menghentikan perlumbaan seketika. Walaupun begitu, kami tetap yakin mampu memberi cabaran kepada pelumba lain.

“Bagi saya, ini kali pertama dapat menghabiskan perlumbaan di litar basah dan saya telah belajar banyak perkara di sini,” katanya lagi.

Hafizh yang mengutip keseluruhan 46 mata musim ini menamatkan saingan di tangga ke-16 dan hanya dipisahkan empat mata dengan Morbidelli untuk merangkul gelaran muka baharu terbaik.

Walaupun gagal menghadiahkan sesuatu kepada Yamaha di perlumbaan terakhirnya bersama pasukan itu, Hafizh tetap bangga dengan pencapaian debutnya di pentas MotoGP.

“Pada akhirnya hanya empat mata memisahkan saya dan juara muka baharu terbaik, Morbidelli. Tahniah kepadanya!

“Apa pun, saya sudah melakukan yang terbaik. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan, penaja, keluarga saya dan peminat yang sentiasa menyokong.

“Minggu depan saya akan memulakan perjalanan baharu bersama pasukan baharu dan saya akan terus bekerja keras. Terima kasih semua,” katanya yang akan beraksi bersama KTM musim depan.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas