Connect with us

Oh! Media

Hafizh Mohon Maaf – Akan Terus Berusaha Perbaiki Kesilapan

Umum

Hafizh Mohon Maaf – Akan Terus Berusaha Perbaiki Kesilapan

MotoGP Qatar yang berlangsung semalam telah menyaksikan pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah gagal mendapatkan tempat terbaik apabila hanya sekadar berada di kelompok belakang.

ADVERTISEMENT

Perlumbaan pertama di Sirkit Antarabangsa Losail itu melihatkan Hafizh berada pada tempat ke 20 pada catatan masa 43 minit 20.144 saat manakala rakannya Miguel Oliveira mencatat masa lebih baik 42’53.279s untuk berada di tempat ke-17.

Dalam pada itu, Prinsipal pasukan Red Bull KTM Tech3, Herve Poncharal meluahkan rasa kecewanya terhadap prestasi Hafizh dengan berkata, “Di bahagian garaj yang lain, saya tidak boleh menyembunyikan rasa kecewa saya kerana Hafizh tidak pernah berada dalam rentak yang baik,” kata Poncharal.

“Kami menamatkan (perlumbaan) di tempat terakhir, pelumba lain yang berada di belakang (Hafizh) sama ada terjatuh atau tidak menamatkan perlumbaan, jadi ini masih belum cukup.

“Kami di sini untuk membantu dan bukan menyalahkan sesiapa tetapi saya fikir Hafizh perlu mengubah sesuatu kerana kami tidak boleh mempunyai satu jurang antara kedua-dua pelumba kami sendiri.

“Harap-harap dia akan menemui sesuatu yang menarik untuk di Argentina nanti. Terima kasih Red Bull, terima kasih KTM tetapi apa yang paling penting terima kasih kepada pasukan Red Bull KTM Tech3 yang sudah berusaha begitu gigih sekali.”

Walaubagaimanapun, Hafizh tetap yakin dan akan melakukan yang terbaik. Saya cuba belajar daripada perlumbaan ini dan mencari ruang peningkatan. Saya mohon maaf kepada pasukan dan kesemua rakan saya yang hadir ke sini untuk menyokong saya. Saya kecewa dengan diri sendiri tetapi kami terus berusaha gigih, kami harus sabar dan saya harap ada sesuatu yang baik akan hadir tidak lama lagi,” kata Hafizh.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas