Connect with us

Oh! Media

Hadith Bersahabat Dengan Penjual Kasturi

Umum

Hadith Bersahabat Dengan Penjual Kasturi

Diriwayatkan daripada Abu Musa Al-As’ary r.a bahawasanya Nabi saw bersabda:

إِنَّمَا مَثلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَجَلِيسِ السُّوءِ كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إمَّا أنْ يُحْذِيَكَ وَإمَّا أنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ وَإمَّا أنْ تَجِدَ مِنْهُ ريحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ إمَّا أنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ وَإمَّا أنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا مُنْتِنَةً”،
“Hanyasanya perumpamaan duduk bersama orang soleh dan duduk bersama orang jahat seperti penjual wangian kasturi dan tukang besi. Maka penjual wangian kasturi itu samada dia memberikan kamu wangian atau kamu membeli wangiannya atau kamu mencium bau wanginya. Dan manakala tukang besi itu samada dia akan membakar pakaianmu atau kamu mendapat darinya bau yang busuk.” [Hadith Muslim]

ADVERTISEMENT

Maka pada hadith ini menggemarkan supaya kita menyukai majlis orang yang baik-baik dan menakutkan kita dari bersama orang yang jahat.

Pada hadith ini juga menerangkan tentang sucinya kasturi dan ialah sewangi-wangi haruman sebagaimana datang dalam hadith yang mulia.

Maka barangsiapa yang bergaul dengan kawan yang jahat nescaya akan mendapat bahagian dari keburukan mereka melainkan mereka yang mendapat perlindungan Allah yang berkawan dan tidak melakukan maksiat hanya kerana memberi menafaat kepada mereka pada agama dan mengajar mereka asas-asas iktikad tentang mengesakan Allah dan tentang penciptaan Allah akan segala makhluk.

Dan juga ia menakutkan mereka dari perkara yang membinasakan pada agama mereka dan menasihatkan mereka supaya menunaikan kewajipan-kewajipan pada waktunya. Maka jika mereka tidak mahu menerima nasihat maka tinggalkanlah berkawan dengan mereka dan berpalinglah dari mereka.

Barangsiapa yang bergaul dengan orang soleh dan duduk bersama orang yang baik dan takwa dan bermaruah dan orang-orang mulia dan elok adab maka sesungguhnya pada ghalibnya dia akan mendapat sama kebaikan mereka dengan sebab berkawan dengan mereka itu dan akan mengikut jalan mereka itu.

Tersebut dalam hadith sabda Nabi saw:

المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل
“Seseorang itu bergantung kepada akhlak sahabatnya. Maka perhatikan seorang kamu dengan siapa dia bersahabat.” [Hadith Abu Daud]

Maka setengah dari tanda kecerdikan seseorang itu bahawa memilih dia akan sahabat yang soleh yang mereka ini adalah orang-orang yang tidak punah kalau bersama dalam majlis mereka sebagaimana datang pada hadith Muslim.

Semoga Allah mejadikan kita semua dari kalangan mereka. Aaamiin.

-Syeikh Abdullah Harari-

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas