Connect with us

Oh! Media

Hadiah Pahala Amal Soleh

Umum

Hadiah Pahala Amal Soleh

SOALAN:
Adakah harus seorang yang ketika dia bersedekah meniatkan pahalanya bagi sekalian orang Islam? Dan adakah yang bersedekah juga mendapat pahala bersedekah itu?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Tersebut pada fatwa Mufti Oman:

إذا نوى المسلم هبة ثواب عمله الصالح للمسلمين صح، ويصل الأجر لجميع المسلمين بإذن الله، وإن كان الأجر أقل مما لو خص الثواب لنفسه أو والديه
“Apabila seorang Islam berniat memberikan pahala amal solehnya kepada orang-orang Islam nescaya sah ia. Dan sampai pahala tersebut kepada sekalian orang Islam dengan izin Allah. Dan sekalipun adalah pahala tersebut lebih sedikit dari barang yang jikalau dikhususkan pahala itu bagi dirinya atau dua ibu bapanya.”

Berkata Syeikh Ramli:

قال الشافعي رضي الله عنه: وواسع فضله تعالى أن يثيب المتصدق أيضا، ومن ثم قال الأصحاب: يسن له أن ينوي الصدقة عن أبويه مثلا، فإنه تعالى يثيبهما ولا ينقص أجره – ثم نقل عن المعتمد جواز – قولهم: اللهم أوصل ثواب ما تلوته إلى فلان خاصة، وإلى المسلمين عامة
Telah berkata Imam Syafie: “Dan keluasan kurnia Allah Taala ialah diberikan kepada orang yang bersedekah itu juga.” Dari sana berkata Ashab: “Disunatkan baginya bahawa berniat sedekah itu dari dua ibu bapanya contohnya. Maka sesungguhnya Allah Taala memberikan pahala akan keduanya tiada kurang pahalanya. Kemudian dinaqal daripada qaul yang muktamad akan harusnya perkataan meraka: “Ya Allah sampaikanlah pahala apa yang aku telah baca akan ia khusus kepada si fulan dan umum kepada sekalian muslimin.”

Dan berkata Imam Zarkasyi:

فإن الثواب يتفاوت، فأعلاه ما خصه، وأدناه ما عمه وغيره
“Maka sungguhnya pahala itu berlebih kurang. Maka yang paling tingginya ialah apa yang dia khususkan dan yang paling rendahnya apa yang dia umumkan.” (Kitab Nihayah Al-Muhtaj)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas