Connect with us

Oh! Media

Haaland Cipta Hatrik Dalam Penampilan Pertama Bersama Borussia Dortmund

Dortmund2bberjaya2bmelakukan2bcomeback2bselepas2bkemasukan2bhaalandpng

Umum

Haaland Cipta Hatrik Dalam Penampilan Pertama Bersama Borussia Dortmund

Pemain muda yang baru sahaja menandatangani kontrak bersama Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland berjaya melakar Hatrik dalam penampilan pertama untuk membantu Dortmund menewaskan Augsburg dengan keputusan 5-3. Padu mamat ni, rugi Manchester United tak dapat beli beliau.


IKLAN

Beraksi di tempat sendiri memberi kelebihan buat Augsburg apabila berjaya mendahului 1-0 pada separuh masa pertama. Bersambung separuh masa kedua Augsburg berjaya menjaringkan gol kedua hasil rembatan cantik dari luar kotak penalti sebelum Dortmund merapatkan jurang 2-1. Tuan rumah sekali lagi mencetak jaringan dan selesa di hadapan dengan 3-1.

Walaubagaimanapun, kemasukan Haaland pada minit ke-56 berjaya mengubah keputusan perlwanan. Haaland hanya memerlukan 3 minit untuk menjaringkan gol kedua buat Dortmund, seterusnya giliran Pemain muda kelahiran England, Jadon Sancho menghasilkan jaringan ketiga untuk mengikat tuan rumah 3-3.


Haaland akhirnya menjadi wira buat Dortmund apabila menjaringkan 2 lagi gol pada minit ke-70 dan 79 untuk Hatrik pertama beliau dalam penampilan pertama bersama Dortmund. Nampaknya akan ada pengganti Lewandowski di Bundesliga sebab Ohmedia lihat Haaland mempunyai susuk badan yang besar dan penyudah tajam seperti Lewandowski. Tahniah Haaland, semoga dapat membantu Dortmund menjadi Juara Bundesliga pada musim ini.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas