Connect with us

Oh! Media

Baru Syok Layan Movie Dengan Popcorn & Snacks! Terbaik GSC Cinemas

Oh! Lifestyle

Baru Syok Layan Movie Dengan Popcorn & Snacks! Terbaik GSC Cinemas

Selepas hampir 2 bulan meninggalkan kehidupan normal kita, mesti ramai yang rindu nak makan Popcorn sambil layan movie dekat GSC kan? Sekarang keadaan agak berbeza selepas kita semua terpaksa habiskan masa di rumah dengan hanya layan movie di iflix, Viu dan Netflix.

ADVERTISEMENT

Tapi kalau korang perasan, GSC Cinemas baru je umumkan berita baik untuk korang semua dapatkan GSC Popcorn dan Snacks combos sepanjang tempoh PKP dan PKPB ini. Wow! Bolehlah ubat kerinduan nak layan Popcorn sambil tengok movie lepas ni.

Apa yang paling best, korang tak payah susah-susah pergi beli GSC Popcorn dengan snacks ni dekat pawagam, just buat order guna Grab Food je gais dan semua keseronokkan ini akan terus sampai di depan pintu rumah korang.



Untuk permulaan, perkhidmatan GSC Popcorn ini hanya dibuka di 3 buah cawangan GSC iaitu GSC 1 Utama, GSC Mid Valley dan GSC Melawati Mall. Untuk korang yang berada di luar kawasan, mungkin selepas in GSC akan meluaskan lagi di cawangan lain. Jangan risau!

Jadi, selamat menonton movie dengan GSC Popcorn & Snacks bersama keluarga tersayang! #StaySafe #StayHome #KitaJagaKita



Sumber: gscinemas

+ Baca respon pembaca yang rindu popcorn di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas