Connect with us

GoJek Indonesia Mengamuk! Akan Kepung Kedutaan Besar Malaysia

Umum

GoJek Indonesia Mengamuk! Akan Kepung Kedutaan Besar Malaysia

Aduh, tak sangka pula perkara ini jadi besar. Tapi negara jiran Indonesia memang amat sensitif jika negara kita bercakap perkara bukan-bukan tentang negara mereka. Ohmedia maksudkan berkenaan isu GoJek yang membuatkan kebanyakan pemandu GoJek terasa terhina dengan kata-kata dari pengasas dan penasihat sebuah syarikat teksi Malaysia.

Sebagai tindakan balas, Ketua Nasional Gabungan Aksi Roda Dua, Indonesia, Igun Wicaksono berkata mereka akan mengeluarkan satu surat bantahan yang akan dihantar terus ke Duta Besar Malaysia di Indonesia.




Mereka juga merancang untuk melakukan demonstrasi dan mengepun Kedutaan Besar Malaysia di, Jakarta pada 3 September ini jika pihak berkenaan tidak melakukan permohonan maaf.

Ini kami kongsikan petikan ayat di dalam video yang viral di Indonesia.

Ini negara miskin, kita negara kaya. Kalau Indonesia anak muda bagus, dia tak keluar, keluar negara untuk cari kerja. GoJek hanya untuk orang miskin seperti di Jakarta, kata pengasas dan penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail

Untuk pengetahuan korang, perkhidmatan GoJek adalah sesuatu yang amat dibanggakan Indonesia apabila mereka telah berjaya menembusi pasaran luar negara seperti, Singapura, Filipina, Thailand dan Vietnam.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top