Connect with us

Oh! Media

Giliran Jerman Pula Mengharamkan Penjualan iPhone

Umum

Giliran Jerman Pula Mengharamkan Penjualan iPhone

Selepas China mengharamkan penjualan iPhone di negara terbabit, terkini Jerman pula dikatakan telah mengharamkan penjualan iPhone 7 dan iPhone 8 di negara berkenaan. Ini berikutan setelah Qualcomm memenangi injunksi menghalang jualan model berkenaan kerana didapati melanggar paten milik mereka untuk sistem penjimatan tenaga bateri pada telefon ketika menghantar dan menerima signal rangkaian.

ADVERTISEMENT

Pengharaman jualan kedua-dua model ini akhirnya dikuatkuasakan selepas Qualcomm membayar bon bernilai 1.34 billion Euros (~RM 6.37 bilion) kepada mahkamah Jerman.

Hasil dari pengharaman jualan berkenaan, ia pasti menambahkan lagi episod duka buat syarikat Apple, sekaligus mengurangkan ramalan pendapatan mereka untuk tahun ini.

Model iPhone lama masih lagi laku jualannya kerana kini harga yang lebih mampu milik berbanding iPhone XS dan XS Max.

Apple masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai pengharaman jualan ini tetapi iPhone 8 dan iPhone 7 tidak lagi ditawarkan pada laman rasmi mereka di Jerman.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas