Connect with us

Geng Khai Bahar & Geng Aiman Tino Bergaduh Demi Nak Dapatkan Korang OPPO F9

Branded

Geng Khai Bahar & Geng Aiman Tino Bergaduh Demi Nak Dapatkan Korang OPPO F9

Aduh! Takkan pasal smartphone pun nak bergaduh diorang ni? Tapi itulah hakikatnya yang korang boleh tengok sendiri pada 26 Ogos 2018 ini nanti di Konsert Havooc yang akan dipancarkan secara langsung di TV3 pada jam 10 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Kalau Ohmedia pun sanggup bergaduh demi nak dapat OPPO F9 ye tak?

Antara selebriti yang ada di Konsert Havooc ni nanti antaranya Khai Bahar, Mark Adam, Ernie Zakri, dan Kaka Azraf. Mereka akan mewakili Color Team dan Zahirah MacWilson sebagai tetamu undangan.

Ayda Jebat, Achey, Aiman Tino, dan Nabila Razali pula akan mewakili Vooc Team bersama Saharul Ridzwan sebagai tetamu undangan.

Menariknya, kedua-dua team ni akan berlawan sesama-sendiri untuk merebut hadiah untuk korang.

Untuk support artis kegemaran korang ni, boleh ke website www.oppomalaysia.com/konserthavooc dan kalau nak menang tiket datang ke konsert ni korang boleh try main game Vooc di www.oppomalaysia.com/VOOCflashcharge sekarang!

Konsert Vooc ni tak lain tak bukan untuk Oppo menyampaikan mesej tentang teknologi pengecasan VOOC mereka agar membuka mata rakyat Malaysia tentang teknologi yang begitu hebat ini.

Teknologi VOOC Flash Charge dari Oppo ini mampu mengecas smartphones korang sebanyak 4x lebih laju dari charger biasa. Dalam kata lainnya, dengan 5 minit pengecasan korang dah boleh buat 2 jam panggilan.

Inilah fungsi yang dibawakan melalui Oppo F9 terbaru yang akan turut dilancarkan pada malam Konsert VOOC nanti.

Oppo F9 mempamerkan rekaan yang sangat unik dengan padanan beberapa warna yang menjadikan OPPO F9 ini berubah warna bila dilihat dari sudut berbeza. Warna pilihan yang boleh dimiliki adalah Sunrise Red (gabungan warna merah dan ungu), dan Twilight Blue (gabungan warna Hitam dan Biru).

Bukan sahaja hebat dari segi rekaan luaran, bahagian dalaman OPPO F9 inipun sangat mengagumkan dengan kehadiran kamera belakang 16MP+2MP yang didatangkan dengan fungsi portrait menjadikan gambar seakan-akan diambil menggunakan Dslr.

Kamera hadapan pula lebih hebat dilengkapi kamera 25MP dengan A.I Beauty 2.1 yang membuatkan sesiapa sahaja yang selfie kelihatan cantik lagi menawan.

Dikuasakan dengan 6GB RAM, 64GB ROM, dan Color OS 5.2 pastinya OPPO F9 ini melengkapi pengalaman penggunaan korang dan smartphones secara sepenuhnya!

Lepas dilancarkan nanti, korang berpeluang untuk menang wang tunai RM116,883 bagi pembelian dari 30 Ogos hingga 1 September 2018. Kalau bernasib baik, dari 30 Ogos 2018 hingga 1 September 2019 nanti nanti korang boleh menang cash prize bernilai RM999 dalam cabutan bertuah.

Oh ya satu lagi kepada peminat Khai Bahar dan Syafiq Kyle, korang boleh buat preorder OPPO F9 di Sunway Pyramid bermula sekarang sampai 29 Ogos ini dan 15 orang terawal yang datang ke event dan collect OPPO F9 pada 30 Ogos 2018 nanti berpeluang untuk ber’selfie dan dapat autograf dari mereka berdua. Perghh!!

Untuk mengetahui lebih banyak tentang fungsi OPPO F9 ini, korang boleh tengok majlis pelancaran OPPO F9 ini yang boleh ditonton secara langsung dari Facebook OPPO ataupun Youtube OPPO Malaysia.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Trending

To Top