Umum
Gempar – Letupan Mengejut City One Megamall Kuching Korbankan 3 Mangsa
Oleh
Tiga mangsa dilaporkan terkorban dalam insiden letupan gas di sebuah pusat beli belah di Kuching petang tadi.
letupan yang berlaku di CityONE Megamall di Kuching kira-kira jam 3.30 petang Selasa itu turut mencederakan 19 yang lain, petik laporan Astro Awani.
Mangsa dipercayai pekerja pembinaan yang sedang mengubah suai ruang medan selera yang masih belum dibuka serta kakitangan kompleks tersebut.
Saksi kejadian, George Sting, 39, berkata letupan itu berlaku di dalam sebuah kedai yang sedang diubah suai.
“Ketika kejadian saya sedang membeli pizza di hadapan kedai itu, tiba-tiba satu letupan kuat berlaku.
“Pekerja yang berada di dalam kedai tersebut lari bertempiaran keluar premis berkenaaan, ada di antara mereka yang cedera teruk seperti melecur,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.
Grace Lee, 23, pembantu jurujual di sebuah telco di tempat kejadian berkata semasa kejadian dia sedang melayan pelanggan, tiba-tiba terdengar letupan dari sebuah kedai yang sedang disiapkan.
“Pihak pengurusan shopping mall terus membuat pengumuman kecemasan agar semua pengunjung keluar dari pusat beli belah itu,” katanya.
Wina Simion, 46, berkata dia ketika itu sedang menikmati pizza di sebuah restoran bersama keluarga di hadapan kedai berkenaan, tiba-tiba berlaku letupan daripada kedai di hadapan menyebabkan meja terbang ke siling premis berkenaan.
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.
Situasi semasa susulan letupan di City One Megamall, Kuching📷: Rushdan Manan pic.twitter.com/O04tBtneyA
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 4, 2018
Satu letupan berlaku di City One Megamall di Kuching pada 3.30 petang hari ini. Terdapat beberapa mangsa mengalami kecederaan namun tidak dapat dipastikan berapa jumlah. Berita lanjut menyusul. @501Awani pic.twitter.com/vJTX24DqNg— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) December 4, 2018
