Connect with us

Oh! Media

Gelaran Dewi Remaja Haneesya Ditarik Semula

gfajpg

Umum

Gelaran Dewi Remaja Haneesya Ditarik Semula

Selepas hangat diperkatakan berikutan isu kontroversi dalam satu video yang tersebar, terkini gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang diberikan kepada Syarifah Haneesya Sayed Sahlan telah ditarik semula.

Perkara ini disahkan oleh  pihak NU Ideaktiv Sdn Bhd yang merupakan pemilik jenama Dewi Remaja sebentar tadi. Menurut Editor Majalah Remaja, Faiz Aimman, penarikan gelaran Dewi Remaja 2018/2019 daripada Haneesya Hanee dibuat selepas pihak pengurusan melakukan siasatan mendalam dan mendapati pemenang ini telah melanggar syarat penyertaaan.

“Sebagai pemilik dan penganjur, kami menzahirkan rasa sedih atas apa yang telah terjadi. Namun pada masa yang sama, para peserta Dewi Remaja sudah sedia maklum akan syarat penyertaan seperti yang telah dinyatakan di dalam kontrak yang mereka tanda tangani” di mana mereka tidak boleh mempamerkan perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai,” katanya semasa sidang akhbar.

IKLAN

Dengan penarikan gelaran ini bermakna tahun ini tiada gelaran bagi Dewi Remaja 2018/2019 dan Tia Sarah kekal di kedudukan kedua bagi pertandingan berprestij ini dan akan mewakili nama Dewi Remaja bagi sebarang aktiviti bersama pemenang lain seperti Aween Ismail, Arena Iman dan lain lagi.

Kata Hanee pula, dia akui merasa kesal dengan kejadian yang telah berlaku dan turut memohon maaf serta meminta untuk diberi peluang kedua.

Sumber: Majalah Remaja

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas