Connect with us

Oh! Media

Gelagat Penduduk Filipina Memakai Baju Derma Daripada Orang Awam Buat Netizen Terhibur!

ice2b252812529png

Umum

Gelagat Penduduk Filipina Memakai Baju Derma Daripada Orang Awam Buat Netizen Terhibur!

Korang ingat lagi tak gunung berapi Taal yang terletak di Filipina meletus debu siap ada kilat memancar lagi sejak minggu lalu? Kejadian tu menyebabkan penduduk Filipina dan pelancong cepat-cepat tinggalkan kawasan tersebut demi keselamatan diri.

Lagipun bahaya kan sebab debu gunung berapi Taal tu boleh menjejaskan kesihatan penduduk dekat situ. Jadi, ahli seismologi memberi peringatan supaya tidak pulang ke rumah masing-masing dan sentiasa berjaga-jaga.

Tetapi…baru-baru ini Ohmedia agak terhibur bila tengok gelagat penduduk dekat sana bila diorang memperagakan baju derma daripada orang awam. Macam-macam karenah!

IKLAN

Kemain diorang ni posing bila memakai pakaian dan kasut wanita. Ohmedia bukannya nak kata apa tetapi nak derma baju dan kasut tu biarlah pakaian yang bersesuaian. Bila tak sesuai, tengok apa jadi? Hahaha!

Bukan tu je, baju pengantin pun ada tau. Kalau perempuan pakai baju tu Ohmedia boleh faham lagi tapi yang ni…lelaki. Aduh, murung Ohmedia dibuatnya selama sebulan! Yang Ohmedia tak boleh brain, ada juga orang awam menderma baju yang bercorak badan wanita memakai pakaian dalam.

Yang atas tu pula, terlalu besar pakaian dia sampai muat dua orang. Aduh! Hmm tak apalah korang, boleh jadikan sebagai selimut korang pada waktu malam nanti. Hehehe. Yang penting diorang masih lagi tersenyum tau.

Terima kasih kepada yang sudi menderma pakaian kepada orang yang memerlukan. Walaupun banyak pakaian wanita diorang terima, masih lagi tersenyum dah menghargai pemberian daripada orang lain.

Sumber: boredpanda

+ Baca respon pembaca Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas