Connect with us

Oh! Media

Gangguan Bekalan Air, SAINS Saran Pengguna Buat Persediaan Awal

Umum

Gangguan Bekalan Air, SAINS Saran Pengguna Buat Persediaan Awal

Gambar hiasan sumber KLExpress

Syarikat Air Negeri Sembilan memaklumkan gangguan bekalan air pada 3 September ini berikutan kerja-kerja penyelenggaran di tiga loji rawatan air. Maklum syarikat air berkenaan lagi, gangguan akan berlaku selama 24 jam, bermula jam 8 pagi.

ADVERTISEMENT

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail, gangguan berkenaan meliputi kawasan Seremban, Port Dickson, Rembau, Tampin dan Jelebu. Loji yang terbabit berkenaan adalah loji di Sungai Linggi, Kuala Klawang dan Gemencheh.

Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama,

Oleh yang demikian, dipetik dari Berita Harian, pengguna yang yang tinggal di kawasan terlibat diminta membuat persiapan awal termasuk menyimpan bekalan air yang mencukupi.

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Travel


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas