Connect with us

Oh! Media

Gamesbond – Kejayaan Anak Melayu Membangunkan Pusat E-Sport Playstation 4 Terbesar Di Malaysia

Oh! Lifestyle

Gamesbond – Kejayaan Anak Melayu Membangunkan Pusat E-Sport Playstation 4 Terbesar Di Malaysia

Biasa kita lihat perniagaan cyber cafe sejak dahulu lagi memenuhi segenap ruang di Malaysia. Ianya sekaligus mengisi kekosongan untuk pengguna khususnya para PC Gamers untuk berkumpul di sebuah tempat berkomuniti dengan baik sekali. Tetapi bagaimana pula jika anda seorang Console Gamers? Adakah lokasi terbaik untuk mereka berkomuniti lebih ramai di bawah satu bumbung?

ADVERTISEMENT

Dengan itu munculnya idea hebat gabungan anak anak Melayu untuk sebuah jenama yang semakin dikenali iaitu Gamesbond. Biarpun baru sahaja beroperasi tidak sampai setahun, Gamesbond bukanlah satu nama baharu lagi sebenarnya untuk para gamers terutamanya untuk permainan konsol untuk berkumpul ataupun membuat pembelian pelbagai game terbaru dipasaran dengan harga yang rendah.

Gamesbond ialah gabungan pusat E-Sport (studio gaming) dan kedai menjual kelengkapan permainan video khususnya Playstation 4 (PS4). Gabungan ini ialah yang pertama di Malaysia. Mereka juga merupakan pusat E-Sport PS4 terbesar dengan menampilkan 11 konsol PS4 dan 2 racing simulator di Malaysia setakat ini.

Misi kewujudan Gamesbond ini adalah kerana ingin menaikkan nama E-Sport di Malaysia. Selain dari itu, mereka juga ingin mencungkil dan mengetengahkan bakat muda yang handal bermain permainan video (khususnya PS4) untuk digilap dan diberikan peluang supaya dapat menjadikan ‘gaming’ sebagai salah satu kerjaya yang membuahkan hasil.

Ini kerana di beberapa negara maju, kewujudan E-Sport sudah lama wujud dan telah ramai anak muda berjaya mencipta nama dan kekayaan melalui industri ini (samada melalui pertandingan, blog atau channel game di Youtube).

Beberapa keistimewaan lain di Gamesbond adalah mereka mempunyai lebih 30 konsol PS4 untuk disewa dan lebih 100 pilihan game untuk dipilih dan dicuba. Gamesbond sememangnya begitu popular sebagai pelopor yang mengenakan kadar sewaan terendah di Malaysia.

Setakat hari ini, mereka telah terlibat dengan beberapa acara besar seperti Malaysia Cyber Games 2015, Xpax Fantasy 2015, DBKL FIFA16/PES16 Tournament, CyberFusion 2015, dan pelbagai lagi.

Dari sudut E-Sport di premis mereka yang berlokasi di Kota Damansara pula, kadar yang dikenakan juga amat berpatutan iaitu serendah RM1 / jam (promosi). Selain dari itu, mereka juga satu-satunya E-Sport di Malaysia yang menggunakan Playseat F1 Racing Simulator Redbull Team Limited Edition sebanyak 2 unit untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan mereka.

Mereka juga menyediakan perkhidmatan menyewa kelengkapan permainan video PS4 untuk tujuan majlis/acara luar dengan kadar yang sungguh berpatutan. Menarik tentang Gamesbond, kejayaan mereka setakat ini merupakan sesuatu yang amat membanggakan kerana ianya hasil usahaja keras 100% kepunyaan bumiputera. Respek!

Pendek kata jika anda seorang penggemar permainan konsol, sematkan baik-baik nama Gamesbond dalam hati bagi setiap perkara yang berkaitan dengan PS4!

Gamesbond (Facebook)
B6-3-7 (2nd Floor), Jalan Teknologi 2/1e,
Signature Park, Kota Damansara,
Petaling Jaya, Selangor

Waktu Beroperasi: 9.00 pagi – 12.00 malam
Hubungi: Fazli – Director (012 517 9320), Fahmi – Manager (013 537 3646)

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas