Connect with us

Oh! Media

(Gambar) Pelakon Syarul Ridzwan Kemalangan, Kereta Terbalik

Umum

(Gambar) Pelakon Syarul Ridzwan Kemalangan, Kereta Terbalik

Pelakon yang popular dengan drama Romi Cinta Julia, Syarul Ridzwan terselamat dari kemalangan jalanraya walaupun kereta Honda City miliknya mengalami kerosakan yang serius kerana terbalik. 
Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 5 petang di Jalan Sungai Ujong, Seremban itu ketika Syarul, 25, dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Linggi, Negeri Sembilan selepas selesai penggambaran drama Street Vendetta. 

“Saya baru habis penggambaran di Linggi dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Ketika di Jalan Sungai Ujong, Seremban jalan terlalu licin sehingga saya terlanggar pembahagi jalan dan tidak dapat mengawal kereta lalu kenderaan saya berpusing dan terbalik dengan tayar naik ke atas. 

“Namun, saya tidak mengalami apa-apa kecederaan atau meninggal dunia seperti khabar angin yang tersebar,” ujarnya.

ADVERTISEMENT
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas