Connect with us

Oh! Media

Gambar Bogel Seakan PU Rizz Pula Tersebar

Umum

Gambar Bogel Seakan PU Rizz Pula Tersebar

Nampaknya satu lagi gambar lucah telah tersebar dan ini melibatkan pendakawah muda popular, Pencetus Ummah, PU Rizz. Penyebaran yang berlaku pagi tadi itu telah mengejutkan pengguna sosial media dan PU Rizz juga pantas memberikan penafian.

ADVERTISEMENT

PU Rizz atau Muhammad Haris Ismail itu menjadi bualan netizen kerana gambar berkenaan sangat mirip dengannya.

Dalam foto terbabit, kita dapat melihat seorang lelaki berada di dalam bilik air dan memakai baju berwarna kelabu sambil menunjukkan alat sulitnya.

“Benda (foto lucah) tu hanya edit. Gambar edit dan mengarut,” kata PU Rizz dalam kiriman mesej WhatsApp kepada Astro AWANI sebentar tadi.

“Sedang buat (laporan polis). Takpe (tidak mengapa) Allah tahu yang benar,” katanya lagi.

PU Rizz juga berkata, pada ketika ini, dia hanya mampu berdoa memohon pada Allah agar memelihara dirinya.

“Saya pun tak pasti tapi ini tak baik dan aib pada diri saya, moga Allah pelihara,” katanya yang tidak pernah terfikir akan ada pihak tergamak melakukan perkara terkutuk ini padanya.

Sumber: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas