Connect with us

Oh! Media

Filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal Catat Kutipan RM5.3 Juta Dalam 4 Hari

53695213 127571821645506 6699379509416409755 njpg

Umum

Filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal Catat Kutipan RM5.3 Juta Dalam 4 Hari

Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal kini telah pun mula ditayangkan seluruh pawagam Malaysia dan respon yang kami dapat lihat dari mereka yang telah pergi menonton sangat positif dan ini merupakan sesuatu yang patut dibanggakan.

Baru sahaja 4 hari ditayangkan, pihak Les’ Copaque telahpun berkongsi kutipan yang kini telah mencecah RM5.3 juta melalui kemaskini Instagram mereka.

Untuk pengetahuan korang, filem kali ini mengambil masa selama 5 tahun untuk disiapkan dan telah menelan kos RM20 juta.

IKLAN


Tidak mustahil mereka akan dapat mencapai sasaran melebihi kos pembikinan kerana filem kali ini menampilkan kualiti yang sangat baik di samping akan ditayangkan di banyak negara, termasuk Brunei, Singapura, Indonesia dan Filipina serta banyak negara lagi yang akan cuba dipasarkan.

Jadi apa tunggu lagi? Jom sokong filem animasi negara dan mereka yang menonton, pastikan jangan keluar awal dari pawagam kerana ada ‘end credit’ yang menarik untuk korang ketahui.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas