Connect with us

Oh! Media

Filem P.Ramlee Ditayangkan Semula di Pawagam?

Umum

Filem P.Ramlee Ditayangkan Semula di Pawagam?

Siapa yang masih layan filem-filem dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee? Jika ditanya soalan ini, Ohmedia pasti semua masih menonton filem P.Ramlee dan boleh terhibur walaupun ditonton oleh anak-anak kita. Inilah sebenarnya satu karya terhebat yang Ohmedia boleh katakan ada di negara kita. Tetapi sampai bila agaknya karya ini akan terus diangkat?

ADVERTISEMENT

Jadi sekarang, Ohmedia tertarik dengan satu program yang dijalankan oleh pihak TGV dimana mereka kini sedang menayangkan 5 filem Tan Sri P.Ramlee di pawagam dan dimaklumkan tayangan ini dilakukan dengan kerjasama Shaw Brothers.

Tayangan ini juga bersempena dengan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dan antara filem yang terlibat adalah, Anakku Sazali, Nujum Pak Belalang, Labu Labi, Ibu Mertuaku, dan Madu Tiga. Jadi. siapa yang berkesempatan dan ingin merasai sendiri filem P.Ramlee di skrin besar, bolehlah ke pawagam.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas