Connect with us

Oh! Media

Filem One Two Jaga Terima Anugerah Pengarah Terbaik & Pelakon Pembantu Terbaik di AIFFA

Irl2 1556385457jpg

Umum

Filem One Two Jaga Terima Anugerah Pengarah Terbaik & Pelakon Pembantu Terbaik di AIFFA

Filem Crossroad: One Two Jaga arahan Shahili Abdan atau Namron sekali berjaya mendapat anugerah Pengarah Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik di majis Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) malam tadi.

Sebelum ini, filem Namron telahpun merangkul kemenangan besar di Festival Filem Malaysia ke-30 dan kini Namrn sekali lagi dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik dan Amerul Affendi sebagai Pelakon Pembantu Terbaik.


IKLAN

AIFFA merupakan anugerah dwi-tahunan bagi semua pemain industri filem dari 10 negara Asean. Anugerah Filem Terbaik dimenangi oleh filem dari Filipina yang bertajuk Signal Rock, arahan Chito S. Rono, lakonan Christian Bables and Keanna Reeves.

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi oleh mendiang Kristoffer King dari Filipina menerusi filem bertajuk Kristo, manakala Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dimenangi oleh pelakon Indonesia Raihaanun menerusi filem ’27 Steps of May’.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas