Connect with us

Oh! Media

Filem Arahan Sulung Mawi Lepas LPF

Umum

Filem Arahan Sulung Mawi Lepas LPF

Penyanyi Mawi yang kini sedang mencuba untuk memasuki bidang pengarah filem berasa lega filem sulungnya mendapat lampu hijau Lembaga Penapisan Filem (LPF) termasuk adegan membabitkan watak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

ADVERTISEMENT

Walaupun, Mawi masih belum memikirkan tajuk bagi filem berkenaan, Mawi bersyukur LPF memberi klasifikasi P13 ke atas karya arahannya itu yang turut memaparkan adegan pergaduhan.

“Alhamdulillah… Walaupun masih belum ada tajuk, karya sulung saya mendapat kelulusan LPF.

“Ini sangat melegakan kerana selepas ini, saya boleh menguruskan perkara lain sehingga filem ditayangkan kelak.

“Jika hendak diikutkan, babak pertengkaran tidaklah sampai memaki hamun, sebaliknya berkias sahaja… Watak LGBT pun lepas,” katanya kepada BH Online.

Filem yang diberi klasifikasi P13 merujuk kepada karya di mana penonton yang berumur bawah 13 tahun perlu mendapat pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menyaksikannya.

Mawi mengaku tidak sabar untuk membawa filem berkonsepkan Islamik komedi itu kepada khalayak.

“Ini adalah filem pertama arahan saya… Semestinya bermacam-macam rasa ada. Apabila sudah lepas daripada suntingan LPF, saya rasa satu beban sudah kurang.

“Bolehlah saya fikir perkara lain. Selepas ini, tunggu keputusan Skim Wajib Tayang (SWT) pula,” katanya.

Mawi berkata, dia merancang mengadakan sidang media mengenai tayangan filem berkenaan, bulan depan.


Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas