Connect with us

Oh! Media

Filem Arahan Namron Tercalon Kategori Filem Terbaik Asia Di Filem Festival Dunia

7n filemonetwojaganamron00jpg

Umum

Filem Arahan Namron Tercalon Kategori Filem Terbaik Asia Di Filem Festival Dunia

Filem One Two Jaga telah dicalonkan ke 12th Five Flavours Asians Film Festival dalam kategori Grand Prix (Filem Terbaik Asia). Walaupun karya arahan Nam Ron itu mendapat sambutan dingin di negara sendiri, nampaknya negara luar memandang tinggi buah tangannya kali ini.

One Two Jaga bakal bersaing dengan sembilan lagi filem terbaik Asia yang bakal berlangsung di Warsaw, Poland bermula 14 hingga 21 November depan.

Namron dilapor melahirkan perasaan gembira dengan pencalonan tersebut dan menganggap berita berkenaan sebagai satu kebanggaan kepada seluruh pasukan produksi filem berkenaan.

IKLAN

Berdasarkan maklumat yang dimuat naik di laman facebook FINAS Malaysia, Five Flavours Asians Film Festival merupakan sebuah ”festival berprestij yang mendukung kepada pembangunan seni dan budaya melalui jaringan sinema dunia dan menjadi platform tayangan dan apresiasi melalui pemilihan juri bagi filem-filem kontemporari berkualiti dari seluruh Asia di Eropah”.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas