Connect with us

Oh! Media

Filem Ali Setan Kini Genap 30 Tahun. Fuh Menggamit Memori Betul!

Umum

Filem Ali Setan Kini Genap 30 Tahun. Fuh Menggamit Memori Betul!

Foto Astro Awani (Twitter)

Tentu ramai yang tahu pasal filem lagenda ‘Ali Setan’ ni kan? Ini antara filem lama kita selepas zaman Tan Sri P Ramlee menyaksikan rakan-rakan sejawat P Ramlee tampil menjadi Pengarah filem menganggkat nama dan bakat-bakat baru ketika itu.

ADVERTISEMENT

Fauziah Datuk Ahmad Daud berkongsi cerita bahawa dirinya hampir tidak membawa peranan Asmidar kerana filem Azura. Fauziah yang lebih senang dengan panggilan Ogy, 53 berkata ketika ditawarkan berlakon dalam filem Ali Setan, dirinya sedang sibuk dengan proses rakaman suara filem Azura.

Kata Ogy, perkara ini turut menjadi isu besar sehingga dirinya dituduh besar kepala ketika itu.

Babak awal filem apabila Ali mengganggu Asmidar di dalam Keretapi

“Bila tawaran filem Ali Setan datang saya masih terikat dengan kontrak filem Azura, jadi saya terpaksa tolak peranan Asmidar ketika itu. Jadi pada masa itu, penerbit filem tidak boleh terima alasan saya. Jadi nama saya telah digugurkan dari filem Ali Setan. Isu ini jadi besar juga sehingga saya dituduh besar kepala dan perkara ini tidak pernah saya jelaskan pada mana-mana media sehingga ke hari ini,” katanya.

Kemudian setelah empat hari Ali Setan menjalani pengambaran di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang, pengarahnya, Tan Sri Jins Shamsudin telah menghubungi Ogy agar segera datang ke USM berlakon sebagai Asmidar.

“Saya terkejut bila dapat panggilan peribadi dari ayahanda (Jins) masa itu kerana mahu saya datang ke USM segera untuk melakonkan watak Asmidar. Katanya, tiada orang lain yang boleh pegang watak Asmidar. Jadi saya pun datang ke Pulau Pinang dengan dengan syarat, saya tak mahu ada masam-masam muka di set kerana isu filem Azura itu,” kata Ogy yang berusia 23 tahun ketika memegang watak Asmidar.

Adegan telur dipecahkan di kepala Ali 

Bercerita lanjut mengenai filem itu, apa yang tidak boleh dilupakan adalah ketika melakonkan adegan ‘katak’.

“Itu yang tak dapat saya lupakan (ketawa). Selepas baca skrip, saya beritahu ayahanda yang saya geli dengan katak. Ayahanda kata dia akan gantikan dengan katak plastik. Tapi rupanya, dia tetap guna katak ‘hidup’. Apalagi saya terus lari tunggang langgang dan pengambaran tetap diteruskan. Apa yang anda tengok di dalam filem itu adalah larian sebenar bukannya lakonan ya,” jelas Ogy.

Menerusi filem itu juga, Ogy dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 1986.

Filem Ali Setan yang ditayangkan sekitar tahun 1985 merupakan filem berkisarkan kehidupan pelajar di sebuah univerisiti.

Diterajui oleh Azmil Mustapha sebagai Ali yang nakal dan suka mengusik, dia cuba untuk memikat Asmidar yang merupakan pelajar baru tahun pertama di universiti tersebut.

Selain Azmil dan Ogy, Ebby Saiful, Datuk Shah Rezza, Datuk Sheila Majid, Allahyarham Izi Yahya dan Liza Abdullah serta dibantu beberapa penuntut USM sendiri berjaya melengkapkan filem ini.

Pelakon tambahan adalah di kalangan penuntut USM sendiri

Walau sudah 30 tahun ia ditayangkan, babak-babak dan lagu-lagu dari filem ini tetap segar di ingatan penonton tanah air tak kira usia.

Malah ramai yang turut berpendapat filem berkenaan mendorong mereka menyimpan impian untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana dapat merasakan kehidupan di kampus yang menyeronokkan dari paparan filem tersebut.

Apa yang anda tak tahu tentang filem Ali Setan

1. Ogy bersolek sendiri dan menggunakan baju kepunyaannya sendiri untuk filem Ali Setan
Tiada jurusolek disediakan

2. Adegan pecah telur di atas kepala Ali adalah babak yang tiada dalam skrip, menurut Ogy itu adalah babak balas dendam selepas Azmil mencadangkan babak air Coke yang menyebabkan bajunya basah.

3. Telur tersebut dibeli dengan mengejut di kafe dalam gerabak keretapi.

4. Babak dalam keretapi di awal filem adalah babak yang terakhir sekali dirakam.

5. Dialog “Fresh Orange satu” oleh Asmidar dibuat beberapa kali ‘take’ kerana Ogy sukar mendapat emosi yang sesuai selepas perubahan dialog sedih terus kepada memesan air.

6. Pengambaran dilakukan pada tahun 1984. 98% pengambaran dilakukan di USM Pulau Pinang.

7. Azmil menurut Ogy, seorang yang sentiasa bersedia dan mudah bekerjasama di dalam set dan seorang yang serius dan misteri jika di luar set.

8. Penulis lirik lagu tersohor, Habsah Hassan merupakan pengurus produksi filem Ali Setan.

9. Kru produksi hanya sekitar 10 orang.

10. Penginapan semua pelakon adalah di hostel lelaki dan perempuan sehingga selesai pengambaran.

11. Pelakon pembantu, pelakon tambahan, watak pensyarah dan dekan merupakan penuntut atau pekerja USM yang pilih dalam sesi ujibakat oleh Jins Shamsudin sendiri untuk berlakon Ali Setan.

12. Jambatan Pulau Pinang masih belum siap sepenuhnya sewaktu penggambaran filem tersebut dan visual tersebut turut dipaparkan di bahagian awal filem tersebut.

Sumber asal artikel oleh Astro Awani

“Ali Setan” pada hari ini – Ustaz Azmil Mustafa

Tonton Filem Ali Setan

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas