Connect with us

Oh! Media

Fikri Ibrahim Akui Individu Yang Buat Pusingan U-Turn Masa Roadblock Adalah Dirinya!

0cf1ddfd 82c5 4114 8889 3532c39ae181jpeg

Oh! Artis

Fikri Ibrahim Akui Individu Yang Buat Pusingan U-Turn Masa Roadblock Adalah Dirinya!

Korang masih ingat lagi tak ada satu video yang tular di media sosial mengenai beberapa pengguna jalan raya ditahan oleh pihak polis dan terpaksa membuat pusingan semula dalam sekatan jalan raya atau ‘roadblock’ ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

Kalau korang nak tahu, pelakon bernama Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Fikry Ibrahim yang berusia 26 tahun itu akhirnya menjawab dakwaan netizen apabila dia adalah salah seorang individu dalam video itu.

Takkan saya saja-saja nak keluar dan membahayakan kesihatan mak saya yang sudah berusia 70 tahun. Saya rasa tak buat salah pun sebab saya masih dalam radius 10 kilometer. Saya seorang diri, keluar membeli barang sahaja. Kalau betul salah, kenapa masa perjalanan saya nak beli barang lalu roadblock yang sama tidak ditahan. Tapi masa saya nak pulang ke rumah saja ada masalah. Saya faham tugas polis dan sebagai rakyat Malaysia, saya ikut arahan dengan buat u-turn. Kalau tengok video itu, ada batu api. Orang yang rakaman etika itu dekat mana? Siap kata tak lepas kena u-turn, manipulate benda macam itu. Saya tak marah pun sebab faham pada ketika itu, orang tengah stress dekat rumah. Cuma saya terkejut ada budak kecil mesej di Instagram maki saya. Sebenarnya saya tak nak keluarkan kenyataan ketika itu kerana bimbang bertambah riuh. Tak ada apa-apa pun, semuanya hanya salah faham sahaja. Tapi tak semua orang yang bersangka buruk selepas betul-betul menonton video itu.

Korang boleh tonton video Fikry Ibrahim menjawab persoalan atas isu tersebut yang dimuatnaik oleh Astro Gempak di Instagram semalam. Sudah-sudahlah tu gais. Apa yang paling penting, korang kekal duduk di rumah okay!

IKLAN



OHMEDIA: STAY SAFE EVERYONE!

Sumber: Astro Gempak | Instagram

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas