Connect with us

Oh! Media

FIFA Pilih Indonesia Sebagai Tuan Rumah Piala Dunia 2021 Dipertikai

Umum

FIFA Pilih Indonesia Sebagai Tuan Rumah Piala Dunia 2021 Dipertikai

Adoi! Macam mana nak jadi tuan rumah Piala Dunia B-20 nanti ni? Untuk pengetahuan korang, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini telah memutuskan untuk menjadikan Indonesia dan Stadium Gelora Bung Karno sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia B-20 pada tahun 2021.

ADVERTISEMENT

Tetapi, keputusan ini nampaknya bakal dipersoal kembali selepas berlaku lagi insiden kekecohan di GBK dan dari pemerhatian Ohmedia, ianya semakin teruk apabila penyokong bertindak membakar objek di tengah-tengah padang sebagai tanda protes.

Protes ini tercetus semasa perlawanan antara PSS Sleman melawan Persebaya Surabaya di mana Persebaya tewas dengan keputusan 3-2. Bagaimanapun, penyokong setia mereka yang digelar sebagai Bonek bertindak tanpa kawalan yang kecewa apabila pasukan mereka kalah untuk tiga kali berturut-turut.



Ohmedia pun tak tahu lah apa yang penyokong mereka fikirkan sebab selepas apa yang mereka lakukan, Jawatankuasa Disiplin Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) pasti akan kenakan denda yang berat kepada pasukan Persebaya.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas