Connect with us

Ernie Zakri Tampil Dengan Imej Bertudung, Netizen Risau Karier ‘Slow Down’

Umum

Ernie Zakri Tampil Dengan Imej Bertudung, Netizen Risau Karier ‘Slow Down’

Syukur Alhamdulillah, sejuk mata memandang apabila melihat imej baru Ernie Zakri memakai tudung. Perkongsian itu telah dibuat melalui Instagramnya, @erniezakri semalam. Rata-rata netizen dan rakan artis memberi pelbagai respon positif terhadap penghijrahannya itu.

Sayangnya masih terlalu awallah untuk bertudung wahai pujaanku @erniezakri. Peluang awak dalam industri nyanyian masih banyak. @byajai lah ni tak beri vokal terbaik kat AJL34 hari tu, dia dah slow down. -kata netizen

Apa yang menarik perhatian di komen adalah ada segelintir netizen meluahkan rasa bimbang kerana karier seni Ernie akan perlahan sekiranya sudah mula berhijrah. Ish! Macam-macam lah korang ni. Sepatutnya korang doa untuk Ernie yang baik-baik, bukan komen macam tu tau.

Pakai tudung bukan sebab saya nak slow down lah, Awak sokong saya okay, doakan saya tau. -kata Ernie Zakri

Nasib baiklah Ernie memberi respon positif dan menafikan penghijrahannya ada kait dengan hasrat untuk memperlahankan karier seni. Ohmedia doakan agar Ernie Zakri terus beristiqamah. Cantik sungguh imej baru Ernie kan!

OHMEDIA: ALHAMDULILLAH, SEMOGA ERNIE KEKAL IMEJ BERTUDUNG SAMPAI BILA-BILA.

Sumber: Instagram | Astro Gempak

+ Baca respon pembaca sokong Ernie Zakri di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top