Connect with us

Oh! Media

Enam Filem Marvel Selepas Avengers: Endgame Yang Wajib Tonton

Umum

Enam Filem Marvel Selepas Avengers: Endgame Yang Wajib Tonton

Ramai yang sedia maklum bahawa filem Avengers: Endgame adalah pengakhiran bagi siri Avengers, tetapi ia bukanlah pengakhiran bagi filem-filem dari Mavel Cinematic Universe (MCU).

ADVERTISEMENT

Untuk pengetahuan korang filem ke-20 di MCU yang diarahkan oleh adik beradik Anthony Russo dan Joe Russo ini bukanlah penamat apabila mereka hanya menyatakan hanya akan berehat seketika dari tekanan untuk hasilkan 20 filem ini dan akan kembali dengan filem-filem yang lebih menarik akan datang.

Barikut merupakan 6 filem dari MCU yang dijangka akan keluar tidak lama lagi.

1. Spider-Man: Far From Home

Filem ini masih belum diketahui samaada ia berlaku sebelum atau selepas siri Avengers. Tapi kami dapat rasakan ia merupakan perjalanan cerita selepas Avengers: Endgame. Tayangan filem Spider-Man: Far From Home dijangkan akan hadir ke pawagam pada 5 Julai 2019.

2. Black Widow

Kalau korang perasan, pihak MCU masih belum mengeluarkan lagi filem khas tentang perjuangan Black Widow. Tapi, apa yang dilaporkan oleh Production Weekly, projek yang dikenali dengan tajuk Blue Bayou dan proses penggambaran dijangka akan bermula pada Jun 2019.

3. The Eternals

Untuk korang yang mengikuti perkembangan MCU  pasti teruja untuk menyaksikan filem The Eternals. Menurut apa yang dikatakan Kevin Feige, Pengambaran filem ini juga akan bermula pada tahun ini dan akan dipiih untuk ditayangkan pada 6 November 2020.

4. Black Panther 2 

Sedia maklum, Black Panther antara Box Office filem yang terbesar pada tahun 2018 dan akan ada sambungan daripada perkembangan mereka selepas ini. Seperti yang dapat dilihat, kerajaan mereka telah mula bersetuju untuk keluar dari tempat persembunyian dan berkongsi kemajuan mereka kepada semua. Walaubagaimanapun, tarikh tayangannya masih belum diketahui dan berkemungkinan akan dikeluarkan pada 2021.

5. Doctor Strange 2


Watak superhero Doctor Strange adalah antara yang paling kami minati kerana ia menggunakan kuasa magis dan alam. Filem ini juga akan dijangka keluar pada bulan Mei 2021 dan menurut The Hollywood Reporter, pihak MCU telahpun memulakan pencarian penulis untuk skrip yang dijangka akan memulakan penggambaran pada 2020.

6. Shang-Chi

Shang-Chi merupakan satu-satu watak superhero daripada Asia yang menampilkan seni bela diri seakan Bruce Lee. Pelakon bagi watak superhero ini juga akan dipilih daripada pelakon Asia. Namun, tarikh tayangannya masih belum diketahui.
Jadi adakah korang teruja dengan semua filem ini? Bagi kami, tak sabar rasanya nak saksikan kejutan demi kejutan dari MCU selepas kejayaan mereka membuat 20 filem superhero setakat ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas